Sejak Mac 2020, banyak perubahan telah berlaku dalam urusan seharian kita termasuk juga kerja - kerja yang terus berjalan walaupn dalam keadaan PKP dan SOP yang sentiasa berubah mengikut keadaan. Bagi mengelakkan pertemuan bersemuka ketika bermesyuarat atau event lain yang memerlukan ramai peserta, perjumpaan dalam talian (online meet) adalah satu solution buat masa ini.
Tidak kira apa jua kaedah, tujuan dan peringkat (level) online meet ini, kita sebagai ahli atau peserta perlulah menunjukkan persediaan yang paling baik sebelum atau semasa perjumpaan diadakan. Mari semak apa yang perlu anda lakukan sebagai peserta sebelum dan semasa perjumpaan bagi mengelakkan beberapa keadaan canggung ketika perjumpaan berlangsung (live).
Norma baharu mesyuarat atas talian |
5 Perkara Yang Anda Perlu Buat Sebelum dan Semasa Online Meeting
1. Hadir Awal
Latih diri anda untuk sentiasa menepati masa. Sejak dari bangku sekolah kita dianjurkan untuk hadir ke kelas awal sebelum guru masuk. Dapatkan maklumat berkaitan event yang bakal anda hadiri seperti platform dan kod pautan. Takkan lah anda biarkan pengerusi mesyuarat atau penceramah mendahului anda!
2. Mikrofon
Sebelum menyertai meeting, uji mikrofon anda. Jika mikrofon berfungsi dengan baik, tutup dahulu dan join meeting. Ini mengelakkan keadaan canggung apabila kita menguji mikrofon semasa meeting berlangsung dan kadangkala anda boleh jadi terlepas mengucapkan sesuatu yang tidak disengajakan.
Tutup mikrofon sepanjang mesyuarat atau seminar kecuali apabila dibenarkan untuk memberi atau menjawab soalan dan maklumbalas
Uji kamera dan mikrofon sebelum menyertai meeting, kemudian tutup |
3. Kamera
Bagi peranti yang menyediakan kemudahan kamera, ini juga perkara yang perlu anda ambil perhatian. Bagi mesyuarat atau perjumpaan yang memerlukan anda membukan kamera, pilih lokasi anda yang paling sesuai. Background yang serabut kadangkala menyakitkan mata tambah - tambah lagi keadaan yang mengaibkan bila sahaja di rumah sendiri.
Dalam banyak keadaan, PR sentiasa menutup kamera. Jika perlu sahaja PR akan buka seperti bergambar di akhir live. Itupun kadang - kadang aje.
Anda boleh membuka kamera sekiranya anda betul - betul bersedia, dan jika ada pilihan anda boleh tetapkan virtual background.
4. Fungsi "Raise Hand"
Jika di dalam mesyuarat yang ramai ahlinya, gunakanlah fungsi "raise hand" jika anda ingin bertanya soalan atau ingin memberi maklumbalas. Kadang- kadang bila terlalu ramai yang ingin bercakap, apa pun tak jadi. Seolah bunyi langau saje.
5. Rakam dan Tangkap Layar
Jika anda bukan setiausaha atau pengendali program (organizer), minta izin sekiranya perjumpaan tidak dirakam. Jangan sesekali membuat rakaman atau tangkap layar tanpa izin.
Ke Arah Online Meeting Yang Lancar dan Selesa
Apa yang PR senaraikan mungkin ada yang anda tidak setuju. Terpulang masing - masing juga. Ini pendapat peribadi PR dan amalan PR semasa online meeting. PR pernah jadi pengendali atau penceramah, pernah juga menjadi peserta. Jadi perkara - perkara yang PR rasa canggung, PR tuliskan di sini.
0 comments