Masa PR kanak - kanak dan umur belasan tahun, setiap kali raya memang seronok tengok jiran - jiran menukar cat baru untuk kediaman mereka bagi menyambut hari lebaran. Bukan sahaja menghias di dalam malah turut juga menghias sampai ke luar rumah. Rumah PR? nak dekat SPM rasanya baru rumah bertukar sepenuhnya dengan binaan batu.
Masa kini, pemasangan wallpaper kian menarik perhatian pengguna. Mana tidaknya, wallpaper sekarang pon dah makin bervariasi dan mempunyai pelbagai corak pilihan untuk kepuasan dan permintaan pengguna. Bukannya cat dinding dah tak laku cuma peminat wallpaper semakin bertambah.
3 Tips Pilih Wallpaper Yang Sesuai Untuk Ruang Kediaman Anda
1. Warna
Kita pun sedia maklum warna ini menambah keceriaan dan seri dalam hidup kita. PR nasihatkan kalau mahukan visual ruang lebih besar pilihlah corak dengan warna yang lembut seperti putih, biege, biru muda mahupun kelabu. Untuk ruang tamu PR sendiri pilih warna kuning lembut.
Habis, bila waktu nak gunakan warna yang lain? Rugi lah manufacturer sebab semua orang pilih warna lembut. Bukan begitu. Padanan warna kontra yang sesuai boleh je naikkan seri kediaman walaupun menggunakan warna yang terang atau gelap. Mungkin, pilihan warna terang boleh diletakkan di feature wall atau ruang yang sedikit kecil.
Textured Korea Wallpaper |
2. Jenis Ruang
Pemilihan wallpaper ini juga turut berkait dengan jenis ruang. Kalau semua ruang kita gunakan corak yang sama, takut lama - lama mood kelaut nanti. Untuk ruang formal corak yang skala besar dengan warna dramatik lebih sesuai. Bagi menampakkan ruang agar lebih tinggi, gunakan wallpaper corak belang dan menegak. Sebaliknya, corak melintang akan memperlihatkan ruang lebih lebar. Corak dengan motif kecil akan memperlihatkan ruang lebih besar.
Sumber : Impiana
3. Style
Bersyukurlah masakini terdapat lambakan gaya untuk wallpaper anda. Pilih sahaja mengikut tema dan konsep kediaman anda. Daripada klasik, membawa kepada urban, industri, floral, kids, stripe, geometri, minimalist dan moden semuanya ada.
PR suka untuk padankan gaya floral dengan warna lembut untuk ruang peribadi seperti bilik tidur dan kemasan staircase. Corak minimalist atau moden sesuai digayakan di ruang terbuka seperti ruang tamu dan ruang makan.
Korea Wallpaper Promo
PR pon tengah giat nak DIY pasang wallpaper di rumah. Selepas memasang wainscoting dan shiplap di ruang tamu, PR beralih ke kemasan wallpaper pula. Berita baik, PR scroll di FB jumpa pula promo dari Korea Wallpaper. Yang terdahulu harga promo RM69* per roll PR terlepas nak grab, yang ni RM39* per roll, takkan nak melepas lagi.
*tertakluk terma dan syarat |
Saiz bagi setiap roll adalah 106.7 cm (42 inci) lebar dan 15.6 m panjang. Berbaloi. Memang muat untuk ruang 14' x 10'. Nak tahu wallpaper mana yang jadi pilihan PR? Nantikan update akan datang.
0 comments