Sebagai menyahut seruan kerajaan untuk patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi fasa 2 PR ambil keputusan untuk membina plastik model kit Kawasaki Ninja ZX-RR skala 1:12. Sebelum ini, PR telah membina 5 model kereta dan PR berhasrat untuk cabaran baru membina motorsikal.
Pengalaman Membina model kit motorsikal
Cabaran Berbeza
Setelah siap, boleh lah PR rumuskan pengalaman membina model motorsikal mempunyai cabaran yang berbeza berbanding model kereta. Walaupun skala 1:12 lebih besar berbanding model kereta 1:24, tetapi ada juga komponen yang hanya sebesar sebiji kacang hijau (2.5 mm).
Pemasangan komponen demi komponen menyebabkan sentiasa ternanti - nanti apa yang bakal terjadi. Setiap komponen memerlukan pemasangan awal (initial installation) sebelum dibentuk menjadi sebahagian daripada komponen motorsikal yang lengkap.
Rekabentuk terperinci
Ini kali pertama PR memasang model kit dari jenama Tamiya. Pada 1998 dahulu, set kereta racing Tamiya yang popular seperti Shooting Star dan Emperor tidaklah terperinci seperti model ini. Apa pun, berbanding jenama yang pernah PR pasang, komponen daripada jenama Tamiya ini sangat tepat. Setiap sambungan ada marking dan elakkan terpasang senget dan tidakseimbang bagi komponen kiri dan kanan.
Konsep Pemasangan
PR bergantung sepenuhnya pada manual pemasangan yang disertakan. Ada 20 panel gambarajah bantuan bagi cadangan pemasangan. Tetapi, ada beberapa peringkat anda perlu langkau step yang dicadangkan. Jadi sebelum pemasangan bermula, teliti dan fahamkan langkah - langkah yang perlu diambil. Ini boleh mengelakkan anda tersilap atau mengalami keadaan sukar untuk beberapa bahagian pemasangan.
Secara keseluruhan, PR teruja dengan perincian motorsikal ini. PR menukar warna asal kepada hijau petronas. Ini baki cat bagi projek terdahulu. Dan ada sedikit pengubahsuaian darisegi warna dan sticker asal.
Komponen Pemasangan
Dalam kotak ini, terdapat 3 bahagian utama. A berwarna hitam dengan 44 komponen, B berwarna silver dengan 43 komponen, C berwarna hijau melibatkan 20 komponen, set tayar dan aksesori seperti skru, screwdriver dan hos dan livery decal. Semuanya guna habis kecuali skru (baki 1) dan baki hos sepanjang 50mm.
Peralatan dan bahan sokongan semasa pemasangan adalah menggunakan bahan sedia ada seperti cat, paint marker, tweezer, ketip kuku (files), lidi, Taimya cement, masking tape, work mat dan telefon (camera).
Ralat semasa pemasangan
Far from perfect, tapi model ini adalah yang terbaik setakat ini. Error masih ada. Cuma PR sangat berpuas hati dengan hasil kali ini. Lining decal di bahagian tayar terlalu kecil dan mengakibatkan kerosakan. Jadi PR ambil keputusan tidak memasangnya untuk kesemua bahagian tayar. Jenama di tayar juga rosak. Klip hos ke rear brake caliper juga patah.
PR akui masih perlu lagi meningkatkan kemahiran menggunakan cat (tin spray). Hasil akhir di bahagian upper cowl, under cowl, fuel tank, tail cowl, seat cowl dan cowl adalah tidak memuaskan. Apa yang PR rasakan, kesan cat ini bermasalah bermula dari kemasan putty primer yang tidak rata (malas nak gosok sehabis licin), kaedah semburan cat yang tidak sempurna dan penggunaan clear coat yang tidak tepat (bukan 2K).
Tahap kepuasan maksimum
Sebagai penutup, pemasangan model Kawasaki Ninja ZX-RR ini mencapai kepuasan maksimum (ketika entri ini ditulis). Inilah kenangan PKP fasa 2, 2020. Harga bagi set ini adalah RM160 (mungkin berbeza mengikut penjual).
Lagi gambar di pautan ini >> Galeri Kawasaki Ninja ZX-RR No.95 Padin Rose<<
0 comments