2007 PR nekad membeli motorsikal jenis Honda EX5 second hand. Jentera ini memang banyak menyimpan kenangan dan jasa sebelum PR memiliki lesen kereta pada 2011. Tahun 2009 tamat pengajian, PR hantar ke Perak dan hujung tahun, PR bawa semula ke Johor untuk kegunaan ke tempat kerja.
Projek Restore 2010
Disebabkan motorsikal ini jentera utama, jadi PR ambil keputusan untuk membaikpulih enjin serta menukar sebahagian besar komponen – komponennya seperti set cover, paip ekzos, penyerap hentak dan sport rim. Proses restore ini mengambil masa 2 hari cuti hujung minggu. Semua pelajar Semester 5 Jan – Jun 2010 bersepakat untuk membantu.
Projek Restore 2020
Setelah 10 tahun, PR bercadang untuk memberi visual yang baru kepada jentera ini. Enjin masih baik. Cuma, PR mahu restore penampilannya sahaja. Bermula hujung 2019, PR kumpul sedikit demi sedikit komponen yang hendak diganti. Maklumlah dalam ekonomi ketat ni, tak boleh nak beli sekaligus.
Kebanyakan komponen ini PR beli melalui pembelian atas talian. Ada juga PR beli terus di kedai motor seperti mentol lampu dan plug. Berikut merupakan senarai komponen dan harga beli.
Belian atas talian
Komponen | Harga (RM) |
Head lamp diamond eye - smoke | 23.90 |
front signal set - smoke | 15.00 |
Horn cover | 10.90 |
Brake lever - alloy | 25.90 |
Cover set – buatan Malaysia | 62.00 |
Hand grip - Monster | 4.88 |
Tail lamp cover - grey | 16.90 |
Adjustable absorber - apido | 58.00 |
Surface Activator 2K04 Samurai | 22.10 |
Clear Coat 2K01 Samurai | 25.00 |
Samurai paint x3 | 22.20 |
Jumlah A | 286.78 |
Komponen | Harga (RM) |
Mentol – depan/belakang/signal x2 | 6.00 |
Spark plug | 6.00 |
Wiring set rear lamp / signal | 30.00 |
Brake shoe x2 + front cable brake | 26.00 |
sandpaper 400(2) + 1000(2) | 4.00 |
Jumlah B | 72.00 |
0 comments