Biasanya, hujung tahun sesebuah organisasi akan meraikan kakitangan dalam majlis ringkas seperti Hari Keluarga. Majlis ini biasanya dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga seluruh kakitangan. Aktiviti yang dirancang juga kebiasaannya sesuai dan mesra keluarga.
Hari Keluarga di Lotus Desaru Resort
IKMJB mengadakan Hari Keluarga pada 14 Disember 2019 lalu di Lotus Desaru Resort. Majlis ini berlangsung daripada 8.30 pagi hingga 1 petang, namun aktiviti di taman tema air boleh dilanjutkan sehingga 7 malam.
Aktiviti Santai
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sesuai dengan peringkat umur kanak - kanak. Antara permainan yang dipertandingkan adalah beyblade, teka coklat dalam botol, timang bulu ayam dan beberapa acara kanak - kanak yang lain.
Aktiviti wajib adalah serahan cabutan bertuah kepada semua kakitangan yang hadir. Bagi kategori ini, PR menerima set pinggan mangkuk. Sambil makan, sambil dengar nama dipanggil ke pentas utama.
Bagi kategori cabutan bertuah utama, 12 hadiah diperuntukkan. Item yang paling bernilai adalah 2 utas rantai tangan emas masing - masing dengan berat sekitar 10 gram. Terdetik juga PR nak menang cabutan gelang emas tersebut tapi apakan daya rezeki belum memihak walau sudah 11 menyertai Hari Keluarga IKMJB. Sadis.
Treasure Hunt
Apa yang menarik, untuk majlis kali ini, diperhebatkan lagi dengan pertandingan treasure hunt (TH). Soalan - soalan TH tersebut adalah berkaitan dengan perkara yang ada di sepanjang laluan lebuhraya Senai - Desaru. Klu dan hint telah dimaklumkan pada hari sebelumnya, jadi sepanjang perjalanan peserta perlu peka dengan soalan yang diberikan.
PR rasa idea ini hebat. Sepanjang perjalanan teruja untuk melihat sekeliling. Bagi keluarga besar, pasti seronok masing - masing cuba mencari jawapan, setidaknya mengelak daripada suasana perjalanan hambar - tidur atau asyik dengan gajet. Hadiah yang disediakan juga lumayan banyak. PR menang ke? Jawapannya tidak. Sebab juri memilih jawapan yang tepat dan terpantas.
Makanan
Bercerita perihal makanan, PR agak terkilan kerana diletakkan di meja VIP. Maklum saja, meja VIP walaupun makanan sedia terhidang, tetapi PR lebih suka untuk sajian di belakang. Lebih mengejutkan, menu sajian di belakang lebih banyak berbanding meja VIP. Tapi dah macam tak proper pulak kita bangun ambil makanan dan bawa ke meja VIP. Pelayan pun hampeh. Serius ni.
Penutup
Cuaca pada majlis tersebut tidak mengizinkan untuk membawa Adira ke taman tema air. Hujan gerimis sejak pagi membawa ke tengahari. Adira pun baru sahaja baik dari demam, jadi PR ambil keputusan terus balik ke rumah. Tamat!
0 comments