Percayalah, perubahan adalah satu aturan dalam kehidupan. Ia merupakan komponen utama tatkala ingin maju dan berjaya. Kehidupan tidak dapat dinikmati sebaiknya jika keadaan hari ini dan seterusnya adalah sama sahaja.
Perubahan perlu dilakukan bila tiba pada fasa tertentu. Anak kecil perlu belajar melakukan perkara sendiri apabila umur semakin meningkat. Untuk maju, mereka perlu merangkak, berdiri, berjalan dan berlari. Tidak selamanya di dalam buaian.
Sistem pendidikan dibina untuk memacu pemikiran individu. Memandu manusia memiliki pengetahuan dan kemahiran untuk meneruskan kehidupan di masa yang mendatang. Tetapi jangan sangka sistem pendidikan itu ramuan lengkap untuk anda berjaya.
Teori adaptasi perubahan diperkenalkan. Pemikiran menjangkakan perubahan, bagaimana mengadaptasi perubahan secepatnya, bersedia untuk berubah secepatnya tanpa henti dan menikmati perubahan adalah antara agenda dalam teori adaptasi perubahan.
PR juga pernah menulis teori adaptasi perubahan di blog ini, Berubah Untuk Kekal Relevan (2011). Antara petikan blog entri tersebut adalah seperti:
Bagi organisasi yang telah lama membangun (20 tahun lalu), adakah akan kekal relevan dengan pembangunan masakini, dari segi promosi, produk, dan perkhidmatan tanpa sebarang perubahan?Teori adaptasi perubahan ini sudah lapuk!
Generasi baru perlu bertindak dengan alternatif dan teori baru. Sampai bila untuk menunggu, menerima dan mengadaptasi perubahan untuk kekal selesa? Sampai bila untuk mencari kebahagiaan sedangkan berhak menikmati kebahagiaan?
Generasi baru perlu memikir, menilai dan mengkaji rahsia disebalik kenapa berlakunya perubahan! Kenapa tidak diri sendiri yang mengubah sesuatu berbanding hanya taat menunggu perubahan.
Apakah yang menjadi kekangan untuk anda memulakan perubahan? Tiada sokongan generasi terdahulu? Tidak percaya perubahan yang anda sendiri mulakan tidak berjaya? Jika anda masih dibelenggu dengan pemikiran seperti ini, anda sebenarnya masih terperangkap dalam penjara diri sendiri.
Ayuh! Bebaskan diri anda dengan teori adaptasi perubahan. Sebaliknya, anda ciptakan perubahan itu sendiri. Anda ciptakan kebahagiaan dengan jalan cerita anda sendiri.
Kebahagiaan terbesar saya sepanjang tempoh 10 tahun berkhidmat dalam organisasi, adalah kedegilan berterusan dalam usaha memperkenalkan sistem terbaru yang mulanya tidak diterima generasi lama dan sedia ada, akhirnya digunapakai
PR bebas dari menunggu, menerima dan mengadaptasi perubahan, sebaliknya PR yang membuat perubahan. Di saat mereka menyesuai dan menikmati perubahan itu, PR sudah berada setapak di hadapan. Itu definasi bahagia yang PR maksudkan!
Komen anda?
0 comments