Apabila tiba musim peperiksaan atau penilaian, satu perkara yang amat merisaukan adalah pelajar atau calon dengan sengaja membawa nota ke dalam dewan peperiksaan dengan niat untuk meniru. Bagi anda, adakah perbuatan meniru dalam peperiksaan adalah boleh diterima?
Jika anda merasakan cubaan atau perbuatan meniru dalam peperiksaan adalah perkara kecil dan tidak perlu dibesar - besarkan, bermakna hati anda telah terpesong dan segeralah bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T
Hukum Meniru Dalam Peperiksaan
Berdasarkan artikel yang disiarkan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan meniru itu adalah perbuatan menipu dan bukan daripada ajaran Islam. Hukum meniru dalam peperiksaan adalah haram dan berdosa.
Sabda Rasulullah yang maksudnya,
dan barangsiapa yang menipu kami maka bukanlah dia daripada kalangan kami - Riwayat Muslim
Perbuatan meniru ini memberi kesan buruk kepada diri sendiri. Orang yang meniru akan berasa baik apabila melakukan perkara buruk. Dan sikap ini akan berterusan dan akan menjadi biasa untuk menipu. Ini adalah masalah integriti yang hilang.
Kehilangan integriti yang disebutkan adalah berpunca daripada kehilangan Makarimul Akhlak (Akhlak Mulia). Jika umat manusia masakini kehilangan Makarimul akhlak, ia sangat memberi kesan seperti menjadi biadap - biadap sesama manusia, alam, Tuhan. Ia juga merosak dan menghilangkan budaya dan kehilangai nilai - tiada neraca penunjuk keadilan. - baca selanjutnya
Calon peperiksaan ini dilihat dengan sengaja membawa nota, menyimpan imej di dalam telefon ataupun meninggalkan nota di tandas. Individu apa yang bakal dilahirkan kelak? Tidak mahu berusaha sebaliknya menggunakan jalan pintas untuk mendapatkan keputusan yang baik. Tidak malu mendapat markah yang tinggi, atau lulus peperiksaan kerana perbuatan meniru?
PR berasa sangat kecewa, setiap kali musim peperiksaan, pasti ada calon yang ditangkap pengawas peperiksaan kerana cubaan meniru. Bukan sahaja ditangkap meniru, tetapi subjek itu turut digagalkan dan terpaksa mengulang pada semester hadapan dengan denda bayaran subjek mengulang yang bukan murah jumlahnya.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada para pengajar terus menerus bermotivasi untuk menghapuskan budaya meniru dalam peperiksaan. Mudah - mudahan kehidupan yang mendatang lebih berkat dan diredhaiNya.
0 comments