Blog entri ini ilham daripada entri dah habis SPM? lepas ni sambung mana. Kredit kepada penulis artikel tersebut. Dalam entri tersebut, penulis telah menyenaraikan 10 pilihan kepada lepasan SPM. PR tertarik dengan entri tersebut, dan PR fokuskan pilihan itu kepada bidang latihan kemahiran. Ya, PR bertugas di sebuah institut kemahiran di selatan tanahair, jadi rasanya OK kot.
Buntu untuk Melanjutkan Pengajian
Seperti mana PR tulis dahulu berkenaan Fakta TVET MARA, Institut Kemahiran MARA Johor Bahru (IKMJB) menawarkan 12 bidang program kemahiran termasuk Sijil dan Diploma. Sesi kemasukan yang terhampir adalah Januari 2020. MARA melalui IKMJB mempunyai dwi-sesi kemasukan iaitu pada Januari dan Julai setiap tahun.
Program Yang ditawarkan di IKMJB
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara dan Penyejukkan
- Diploma Industri Siapan Logam
- Diploma Kompetensi Elektrik (Penjaga Jentera Voltan Rendah A4)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri)
- Diploma Kompetensi Kimpalan
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Marin
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan & Rekabentuk)
Tempoh Kursus
24 bulan : Program Sijil dan Diploma Industri Siapan Logam
36 bulan : Program Diploma
Syarat Am Kemasukan
- Warganegara Malaysia (Bumiputera)
- Lepasan SPM
- Berumur antara 18 hingga 40 tahun
- Sihat tubuh badan
Kemudahan yang ditawarkan
- Asrama disediakan
- Elaun sara hidup disediakan oleh MARA (Sijl RM250, Diploma RM300) sebulan
- Yuran pengajian dibiayai oleh MARA
Jika berminat untuk memohon, anda boleh hadir ke
Institut Kemahiran MARA Johor Bahru,
Jalan Taruka Off Jalan Datin Halimah,
80990 Johor Bahru, Johor
No tel : 07-237 0001 / 07-236 1129
atau aplikasi Whatsapp Cik Rasidah Bt Abdullah
Bawa bersama dokumen lengkap
- Salinan kad pengenalan calon dan ibubapa
- salinan surat beranak calon
- Salinan keputusan SPM
Tawaran terus akan dikeluarkan kepada calon yang layak.
0 comments