Musim persekolahan 2020 bakal tiba tidak lama lagi. Sebagai ibubapa, adakah anda telah menyediakan kelengkapan persekolahan anak – anak? Jangan pula nanti excited membeli kelengkapan, tetapi lupa untuk membuat pendaftaran. Haru nanti.
Bagi anak – anak yang baru memulakan persekolahan Tahun 1, pastinya paling seronok dengan kelengkapan sekolah serba baru. Ya, PR tidak boleh melupakan pada yang kurang berkemampuan cuma PR membuat andaian lebih 80% pelajar Tahun 1 menggunakan kelengkapan baru, lebih – lebih lagi anak sulung.
Menyorot kenangan PR memulakan persekolahan pada 1993, PR juga mengenakan pakaian baru, beg sekolah baru dan alatulis yang baru. Untuk Tahun 2, PR menggunakan kelengkapan yang sama. Semasa di Tahun 3, tiada lagi beg dan baju baru, sebaliknya PR menggunakan baju sekolah abang yang masih elok. Beg sekolah? PR gunakan beg tukang arwah abah. Huhuhh
Berbelanja Kelengkapan Ke Sekolah
Baru – baru ini, PR meluangkan masa cuti rehat di kampung. Sempat juga ke pusat membeli belah. Meriah dengan jualan hujung tahun dan semestinya kemeriahan ini didorong dengan keperluan berbelanja untuk kelengkapan ke sekolah. Ada yang enak didengar, malah ada juga yang kurang enak didengar.
Bukan sengaja PR nak dengar tetapi sambil – sambil membelek beg sekolah, PR tedengar si anak ingin membeli beg sekolah baru tetapi dinafikan oleh ibunya kerana beg sekolah terdahulu masih elok dan boleh digunakan. Kelihatan wajah si anak berubah dan tetap mahukan beg sekolah tersebut. PR tidak tahu apa kesudahan permintaan tersebut, tapi PR pasti ibunya punya justifikasi yang kuat untuk tidak membeli beg baru tersebut.
Tinggalkan kes keluarga itu. PR doakan yang terbaik buat keluarga tersebut.
Keperluan atau Kehendak
Sebagai ibubapa perlu matang dalam menentukan keperluan atau kehendak anak – anak. Didik anak – anak dari kecil lagi supaya boleh buat pilihan dengan had tertentu. Jika perlu untuk membeli kelengkapan baru, minta supaya buat pilihan. Contohnya, bajet untuk kelengkapan sekolah RM200. Jika beli beg sekolah yang mahal, baki untuk kelengkapan lain pasti berkurang atau risiko kelengkapan lain tidak dapat dibeli.
Sungguhpun anda mempunyai peruntukan yang banyak, (lebih RM200), tetapi anda kena juga jangkakan bahawa baju sekolah rosak, beg sekolah hilang, alatulis hilang dan pelbagai kemungkinan lagi. Jadi, kena didik anak – anak tentang had belanja, dan juga belanja luar jangka. Ingat, berjimat bukan kedekut!
Didik Anak – Anak Berjimat
Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tanamkan sikap berjimat cermat dalam diri anak – anak semasa kecil lagi. Wang saku harian sebaiknya guna pada yang perlu dan jika ada lebihan, bolehlah simpan di dalam tabung. Matematiknya, jika menyimpan 50 sen sehari, simpanan selama 20 hari (sebulan) adalah RM10.
Jika konsisten untuk 10 bulan, jumlah simpanan akan menjadi RM100. Matematik tidak pernah menipu. Yang menjadi masalah, apabila simpanan tersebut digunakan pada waktu sebelumnya ataupun tidak konsisten menabung. Wang simpanan itu bolehlah digunakan untuk membeli beg sekolah idaman tahun hadapan!
Semasa sekolah dulu, PR tidak memikirkan sangat hal kelengkapan sekolah, pakai sahaja baju yang masih elok (PR pernah pakai baju dari Tahun 4 – Tahun 6). Wang belanja harian RM1.00, 60 sen untuk tambang sekolah dan selebihnya PR simpan untuk membeli komik kegemaran, Lingkaran Terkunci. Belanja makan? Mak PR dah sediakan bekal ke sekolah. Kan PR dan bagitau jimatnya apabila bawa bekal. Ini salah satu alternatif.
Tips Jimat
Jika anda tidak mahu melihat anak anda sedih tanpa kelengkapan baru, maka anda yang harus berkorban. Samada mencari pendapatan sampingan ataupun berjimat. Opsyen mencari pendapatan sampingan ini bukanlah sesuatu yang mudah, perlukan kemahiran, development time yang panjang. Jadi apa kata, anda pilih untuk berjimat.
Tips jimat ini memuatkan 123 Tips Jimat dan boleh membantu anda menyimpan sehingga RM1,000 sebulan dengan mudah. Jangan tunggu lagi, dapatkan ebook Tips Jimat dengan harga yang berpatutan.Selamat berjimat!
0 comments