Alhamdulillah, usia perkahwinan PR dan Ciktom menjangkau 3 tahun pada November lepas dan dikurniakan seorang cahaya mata. Lantaran itu, PR akui sedikit sebanyak dalam hal - hal menguruskan rumahtangga, ia bukanlah semudah di atas kertas sebaliknya perlukan perancangan yang menyeluruh. Antara skop yang perlu diberi perhatian adalah pengurusan kewangan. Kena bijak berbelanja dalam erti kata lain penjimatan.
PR pernah menulis artikel berkaitan 5 strategi permulaan berjimat. Sikap berjimat ini tidak sama sekali dengan sikap kedekut. Hasil penjimatan dari satu perkara mungkin boleh disalurkan kepada perkara lain. Artikel kali ini PR khususkan kepada bekal makanan di tempat kerja.
Idea Menu Bekal Makanan di Tempat Kerja
Hampir setahun ini, Ciktom menyediakan bekal makanan PR di tempat kerja. Tetap konsisten walaupun ada hari yang missed. Ciktom menyediakan bekal sarapan dan / atau makan tengahari. Berikut merupakan antara menu sarapan yang disediakan Ciktom. Mungkin, menu ini boleh juga dijadikan idea untuk bekalan diri sendiri atau pasangan anda.
Menu 1: Cucur ikan bilis
Semasa zaman sekolah rendah lagi Mak sediakan menu cucur ikan bilis ini. Ditambah pula dengan sambal tumis ikan bilis yang sedap. Mood berkerja juga boleh meningkat berkali ganda. Cucur ikan bilis ini boleh diolah kepada cucur bawang atau cekodok pisang. Sedap manis - manis pisang digabungkan dengan tumis bilis yang pedas dan masin.
Menu 2 : Nasi Goreng
Nasi goreng kampung, nasi goreng cina atau nasi goreng belasah aje lah (rujuk ilustrasi) sesuai juga untuk sarapan. Sedang elok makan semasa nasi masih panas atau suam - suam. Nasi goreng ini boleh dipadankan dengan sambal tumis ikan bilis, nuget, sosej atau pun telur. Boleh juga diiringkan dengan keropok ikan, keropok sayur atau papadom
Menu 3 : Bihun Goreng
Selain nasi, boleh juga diubah kepada bihun. mi atau kue tiaw. Tapi PR bukan penggemar mi goreng dan kue tiaw gorang, jadi Ciktom sediakan bihun sahaja. Sama juga dengan nasi, bihun boleh dipadankan dengan sambal tumis ikan bilis, keropok atau boleh makan begitu sahaja.
Menu 4 : Roti
Menu roti ini boleh dipelbagaikan, seperti roti bersalut telur, atau roti-telur-cheese, roti bakar, roti mentega, roti-mentega-gula. Atau boleh juga dibuat burger atau benjo. Tambah sedikit sos dan mayonis, walahhh!
Menu - menu ini merupakan menu ringkas yang mudah untuk disediakan pada awal pagi. Makan tengahari biasanya ditukar kepada nasi putih dan lauk sampingan sama sahaja seperti sarapan.
Baca juga : Perihal Makanan
Penjimatan
Purata kos yang direkodkan untuk bekalan sarapan dan makan tengahari adalah RM150 (20 hari bekerja). Kos ini termasuk ikan bilis, tepung, beras, telur, nuget, daging burger, roti dan keropok ikan.
Jika berbelanja di kantin, purata sehari adalah RM10 (RM200 untuk 20 hari berkerja).
Dengan mengabaikan belanja - belanja luar jangka, bawa bekal makanan di tempat kerja boleh mendapatkan penjimatan sehingga RM50 sebulan.
Okey, itu sahaja kali ini. Mungkin ada lagi idea menu yang PR akan kongsikan di masa akan datang. Kalau anda anda menu lain, boleh juga kongsikan di ruangan komen.
0 comments