Kesinambungan daripada artikel cara buat QR code, kali ini PR berkongsi pula cara asas membuat google forms. Borang online ini sesuai digunakan sebagai landing page melalui imbasan QR code yang telah dibina. Google forms ini biasanya digunakan untuk tujuan survey, kemaskini maklumat, aduan pelanggan ataupun pengesahan kehadiran. Sedikit pengolahan untuk tujuan yang lain - lain.
4 langkah membuat Google Forms Asas
1. Log masuk akaun google
- pilih aplikasi 'drive' > klik dropdown menu "my drive" > pilih "google forms"
2. Isikan maklumat untuk google forms anda
- isikan tajuk borang
- isikan soalan
- pilih kaedah jawapan
- tandakan "required" jika anda mahukan jawapan tersebut wajib dijawab
- jika berlaku pengulangan kaedah jawapan bagi soalan berikutnya, pilih "duplicate"
2a. Jika pilihan jawapan "multiple choice", anda boleh masukkan seberapa banyak pilihan dan boleh juga pilih "other" untuk jawapan yang tiada dalam senarai pilihan
2b. Pilihan jawapan "checkboxes". Biasanya pilihan jawapan ini memerlukan 1 atau lebih jawapan.
2c. Anda juga boleh pilih "dropdown". Jenis ini hanya pilih 1 jawapan
dan anda boleh cuba lagi pilihan jawapan yang lain.
2d. Anda boleh customize google forms anda seperti menukar background, gambar dan warna.
3. Hantar google forms kepada responden
- klik butang "send" di bucu kanan bahagian atas
- Ada 3 pilihan, samada menggunakan email (agak leceh), menggunakan link (best choice) atau script html.
- PR selalu gunakan link
- pilih "link", check butang "shorten" dan salin link
- link tersebut bolehlah dihantar kepada target responden, atau dikongsi di media sosial yang lain, ataupun boleh juga diringkaskan menggunakan QR code.
4. Semak responden
- Anda boleh semak jawapan responden
- Anda boleh download
- Anda boleh "stop response" pada bila - bila masa yang anda mahu
Untuk tutorial akan datang, PR akan kongsikan fungsi menambah seksyen dalam google forms. Selamat mencuba.
0 comments