Pada 3 - 7 November 2019, PR ditawarkan untuk menghadiri kursus Certified Energy Manager (EMTC) di UTM Skudai, Johor. Tawaran itu bermaksud PR kena hadir kursus tu tanpa belanja sendiri. Ibu pejabat yang selesaikan semua. Cuma datang bawa badan, hati dan otak sahaja sebab di hari terakhir kursus, ada penilaian bertulis dan pembentangan secara berkumpulan.
Slide 13, Group 5 Batch 87 EMTC 2019
Energy Manager Training Course
Secara keseluruhan, kursus ini dijalankan sepanjang 5 hari, 4 hari pembelajaran modul dan 1 hari adalah penilaian. 7 modul kesemuanya, di ajar oleh 4 personel mengikut bidang kepakaran masing - masing.
Energy Conservation : Pilihan atau Kemestian
Kursus ini fokus kepada pemuliharaan tenaga. Melihat kepada senario semasa, krisis global warming ini memberi kesan buruk kepada alam sekitar dalam jangka masa panjang jika tidak dibendung atau dikawal. Peningkatan pesat industri sedikit sebanyak juga menyumbang kepada pelepasan green house gas (GHG) ke udara.
Selain itu juga, kursus ini turut memfokuskan kepada keperluan perundangan berkaitan penggunaan tenaga dalam operasi harian terutamanya sektor industri dan komersial. Mana - mana pihak (pengguna atau energy generator) yang menggunakan sama atau lebih dari 3,000,000 kWh dalam enam bulan berturut - turut, adalah terkandung dalam EMEER 2008.
EMEER 2008 - Efficient Management of Electrical Energy Regulations
Sustainable Energy Management System (SEMS)
Kursus ini juga menerangkan bagaimana SEMS boleh membantu organisasi untuk menggunakan sumber tenaga dengan lebih cekap dan efisien. Selain penggunaan tenaga yang boleh dijimatkan, ia juga boleh mengurangkan kos untuk bil utiliti tersebut.
Energy Management Gold Standard (EMGS)
Organisasi yang telah mengamalkan pengurusan tenaga yang cekap, dibuktikan dengan dokumentasi dan laporan yang lengkap boleh memohon untuk persijilan penarafan bintang EMGS. UTM Skudai merupakan organisasi pertama yang mendapat 3-Star EMGS di Malaysia. EMGS ini merupakan pensijilan antarabangsa, setanding dengan ISO 50001 Energy Management System.
Certified Energy Manager (CEM)
CEM merupakan personel yang diperlukan dalam pelaksanaan SEMS. Skop kerja CEM ini termasuklah merancang, melaksana, memantau dan membuat tindakan susulan terhadap pengurusan tenaga. Tetapi yang paling penting, mesti lulus EMTC terlebih dahulu.
PR akui, bukanlah arif sangat berkaitan dengan elektrik, tetapi kursus ini juga bukanlah fokus kepada elektrik semata - mata, tetapi berkaitan pengurusan. Jadi 4 hari berkursus ini, PR boleh juga apply knowlegde dalam kerja - kerja pengurusan.
Rujukan Tugasan
Jadi, jika anda terbaca post ini, dan anda merupakan peserta, kalau anda mahukan rujukan untuk pembentangan dan tugasan, boleh ajukan di ruangan contact me. Nak letak sekarang pun, tak boleh juga sebab PR pun tak tahu lulus atau tidak penilaian kursus tersebut. Doakan PR lulus ye.
Update 21/01/2020
Keputusan penilaian kursus ini, PR gagal melepasi markah minimum ujian teori. Sekiranya ingin menduduki semula, bolehlah membuat pendaftaran dengan bayaran ujian adalah RM200.
Update 21/01/2020
Keputusan penilaian kursus ini, PR gagal melepasi markah minimum ujian teori. Sekiranya ingin menduduki semula, bolehlah membuat pendaftaran dengan bayaran ujian adalah RM200.
0 comments