Anda pengguna tegar lebuhraya di Malaysia ini? Jika ya, apa kata anda luangkan 5 minit untuk teruskan pembacaan. Kalau bukan pun, takde salahnya baca sampai habis juga. Boleh juga anda sebarkan pada rakan taulan sahabat handai mahupun saudara anda sendiri.
Tebus Mata Ganjaran PLUSMiles
Bagi anda yang belum mempunyai akaun di PLUSMiles, anda boleh daftar di laman sesawang http://plusmiles.com.my Anda boleh saja ikut aturan langkah laman tersebut, dan jangan lupa nombor siri kad PLUSMiles anda.
Selesai mendaftarkan akaun, anda boleh menyemak mata ganjaran terkumpul. Dalam kes PR ni, mata ganjaran baru berkembang semula sebab PR dah kali ketiga tebus produk. Anda boleh samada tebus tambah nilai tol bermula dari 1,500 mata ganjaran atau produk dan servis yang boleh didapati di www.plusmiles.com.my/plusmiles dengan mata minimum 400.
Casio - 9,200 mata ganjaran
Anda boleh menebus mata ganjaran anda untuk tambah nilai tol di Pusat Khidmat Pelanggan Plus di sepanjang lebuhraya PLUS. Oh ya, perlu diingat, mata ganjaran ini sah selama enam (6) bulan sahaja. Contohnya, mata yang diperoleh 1 Januari 2019 akan tamat tempoh pada 30 Jun 2019.
Menurut PLUS, mata ganjaran diberikan kepada pengguna persendirian berdasarkan jarak perjalanan kilometer di PLUS, ELITE, BKE, JPP, SPDH, LINKEDUA & LPT2. Ia dikira dengan jarak perjalanan dalam kilometer dari plaza tol ke plaza tol. Umumnya, 1km = 1 mata PLUSMiles
Jadi dalam akaun PLUSMiles anda, direkodkan berapa mata ganjaran terkini, rekod perjalanan anda termasuk mata yang akan tamat tempoh. Macam PR, memang hari – hari bekerja ulang alik menggunakan Tol Perling, akan dapat 31 mata ganjaran bagi setiap kali. Jadi sehari boleh dapat 62, dan 5 hari boleh dapat 310 mata ganjaran.
Dalam katalog penebusan produk atau servis, terdapat lebih 10 kategori yang tersedia. Cukupkan mata ganjaran, dan anda boleh tebus! Mudah je kan. Dalam tahun ini, PR dah tebus Elba Toaster pada Mac, Elba Steam Iron pada Jun dan terbaru jam Casio Analog-mens pada November.
Jadi, sesuai sangatlah jika anda pengguna tegar lebuhraya yang PR sebutkan di atas dan pengguna kad PLUSMiles. Jika anda tidak memiliki PLUSMiles sebaliknya Touch n Go, emm lebih baik anda pergi tukar sekarang. Ye, sekarang. Sambil – sambil bayar tol, boleh juga lah tebus balik walaupun harga tak berbaloi dengan duit tol yang telah kita keluarkan.
Siapa yang nak bagi iron free melainkan tunggu cabutan bertuah Family Day. Itupun kalau bertuah. Hehee jangan marah, PR bergurau saje. Dah, pergi tebus sekarang.
0 comments