Penulisan kali ini, PR nak kongsikan cara untuk membuat QR code. PR yakin anda pernah dengar, nampak atau guna pun QR code ni. Contoh paling mudah, bagi pengguna aplikasi whatsapp web, pasti memerlukan imbasan QR code sebelum boleh melayan whatsapp di komputer, laptop atau tablet.
Apa faedah membuat QR code ini dan kegunaan yang sesuai PR akan terangkan di hujung blog entri. Jadi, jom belajar buat QR code terlebih dahulu.
Cara Buat QR Code
PR pun tidak mengkaji terlalu mendalam tentang berapa banyak website yang menyediakan QR generator, jadi dalam post ini PR syorkan menggunakan website http://the-qrcode-generator.com ia mudah, semudah ABC!
A. Anda boleh memilih apakah kegunaan bakal QR code anda. Samada untuk memaparkan teks comel, ataupun URL untuk ke sesuatu landing page khas dan contact. Tapi biasanya, QR code ni orang buat untuk merujuk kepada laman sesawang khas. Terutama tujuan marketing.
B. Jadi, dalam contoh ini, PR memilih untuk membuat QR code blog PR sendiri. Anda boleh meletakkan apa sahaja URL yang anda mahukan. Samada URL yang panjang, atau anda telah pendekkan (shorten URL).
C. Isikan nama fail, kemudian simpan (save). Jadi, QR code anda sudah boleh digunakan.
Kegunaan QR Code
1. QR Code Sebagai Alat Pemasaran Website
Sebagai contoh, PR tambahkan QR code ini di gambar. QR code ini boleh dijadikan sebagai alat pemasaran offline ke online. Anda boleh masukkan QR code dalam katalog. Sambil customer membelek katalog, boleh juga imbas QR code untuk melihat lebih banyak barang dagangan di website.
2. QR Code Sebagai Pengimbas Kehadiran Majlis
Kebelakangan ini, rata – rata majlis rasmi yang PR hadiri, sewaktu pengesahan kehadiran, jawatankuasa hanya menunjuk “imbas kod ye”. Tak perlu lagi beratur panjang di kaunter, menyemak helaian – demi helaian untuk pengesahan kehadiran. Imbasan kod ini membawa kepada laman google forms. Mudah kan?
3. QR Code Sebagai Platform Aduan Pelanggan
Zaman sekarang ni, boleh kata telefon pintar tak lekang dari tangan. Jadi, kadang – kadang bila berurusan di kaunter perkhidmatan, sambil menunggu pasti boleh tengok suasana premis. Jarang kita lihat orang menulis aduan pelanggan di kertas. Jadi sebagai penyelesaian, imbas QR code untuk membawa kepada sistem aduan pelanggan – paling mudah menggunakan google form.
Cukup 3 contoh sahaja. Jadi apa tunggu lagi, jom cuba buat QR code, dan gunakan ia sebaiknya. Mudah – mudahan, ada manfaat.
0 comments