PR menjejak kaki ke Gua Tempurung buat pertama kali pada 2003, ketika menyertai aktiviti jelajah Gua Tempurung sebelum menduduki peperiksaan SPM. Baru – baru ini, PR berpeluang menjelajah gua ini bersama ciktom dan Adira, dengan jarak masa yang terlalu lama PR tak pasti berapa banyak perubahan yang telah dilakukan oleh pengurusan Gua Tempurung.
Malaysia adalah rumah kepada sejumlah besar gua, termasuk beberapa yang terbesar dan terpanjang di dunia. Gua ini adalah terletak di dalam hutan hujan dan paya bakau yang kaya, menyediakan tempat perlindungan kepada hidupan liar yang menakjubkan
Pakej Jelajah Gua Tempurung
Gua Tempurung Geosite Showcave Tours mempunyai 4 kategori jelajah. Jelajah tersebut adalah seperti maklumat berikut:
Tour 1: Golden Flowstone (GF)
Jelajah ini paling basic. Jelajah ini sesuai bagi yang baru berjinak – jinak, bergerak dalam kumpulan yang ramai, golongan berusia, kanak – kanak, atau unplanned visit (pakaian yang tidak sesuai tapi teringin nak masuk). Berhenti sehingga Platform 3 sahaja. setiap platform ada cerita dan pengalaman berbeza, jadi tak syok la kalau PR cerita habis di sini. Dry path, so tak perlu risau pasal kena merangkak. Mind your step masa naik tangga je.
Tour 2: Top of the World (TOW)
Jelajah ini advanced sikit dari Jelajah GF. Naik tangga sampai platform 5. Yang ni PR tak boleh carita sebab PR naik sampai GF saja. Tapi kedudukan platform ini lebih tinggi (125 meter). Jadi kalau gayat dan tak larat nak daki tangga, boleh cuba je dengan Jelajah 1. Nanti boleh repeat.
Tour 3: Short River Adventure (TWR)
Intermediate Level! Jelajah yang sama dengan TOW, ditambah dengan sedikit aktiviti air. Sliding done slippery stone, merangkak di tempat sempit dan mengharung sungai yang terdapat dalam gua. Menarik juga kan?
Tour 4: Grand Tour (GT)
Dah namanya pun grand, mesti gempak dan advanced. Perjalanan menyeluruh yang melintasi 3.8km. Menurut ranjer yang bertugas, katanya ada aktiviti yang mencabar sikit, jadi kalau dan bersedia dari mental dan fizikal, Jelajah 4 ini adalah jelajah mesti cuba!
Kadar Bayaran
Kadar bayaran adalah berbeza mengikut kategori jelajah. Bagi pemegang mykad, senang cerita warganegara Malaysia lah, kadar bayaran masuk adalah serendah RM8 bagi dewasa dan RM4 bagi kanak – kanak (6-12 tahun) / warga emas. Molek dah kadar bayaran tu. Harga bagi setiap kategori adalah seperti paparan imej di bawah.
Kemudahan Di Gua Tempurung
Kemudahan asas disediakan kepada pengunjung termasuklah kedai makan, kemudahan sewa lampu suluh, kedai serbaneka, tandas awam, surau serta kawasan parkir yang luas.
Pengalaman Jelajah GF
PR dan Ciktom awalnya ragu – ragu juga untuk masuk disebabkan faktor umur Adira. Tapi setelah mendapat kepastian daripada ranjer, jadi kami teruja untuk meneroka walaupun sekadar Jelajah GF. Ada 4 kumpulan berbeza semasa kami memulakan perjalanan.
Bagi Tour 1 dan Tour 2, anda boleh pilih samada ingin masuk bersama ranjer, atau pun bergerak sendiri. Kami memilih untuk bergerak sendiri. Suasana di dalam gua sangat mengagumkan. Bila dah lama tak bersukan dan melakukan aktiviti berat, naik tangga pun terasa sangat penat.
Adira memang lah ceria bila tiba di platform 3. Sebab dia sorang saja yang tak penat. PR dan ciktom dah takde mood nak bergambar. Gambar pun tak berapa cantik dalam keadaan gelap dan suram. Maklum saja menggunakan telefon bimbit, mungkin ada sedikit kelemahan.
Jadi, ini sedikit sebanyak berkaitan pakej jelajah Gua Tempurung. Jika anda berminat dengan aktiviti seumpama ini, anda bolehlah berkunjung ke Gua Tempurung di Gopeng, Perak. Lokasi pusat pelancongan ini tidak jauh dari pekan Gopeng.
Have fun!
0 comments