Seperti rutin tahun terdahulu, PR kongsikan koleksi model kereta mainan diecast skala 1:64 yang PR miliki bagi tahun 2018. Some might say, ini satu pelaburan sia – sia tapi bagi PR ini hobi dan minat tersendiri.
- 2 set wheels, Advan Racing
- Nissan BRE 35 decal
- 2 set alloy rim custom
- 10 pcs figurine
PR membeli pelbagai model kereta dari pelbagai jenama pengeluar, melibatkan jumlah belanja RM1,120.30 dan jumlah kos penghantaran bagi sesetengah model adalah RM156.00. Harga minimum sebuah model adalah BHP Tanker (RM8.00) manakala harga tertinggi adalah Honda Civic EK9 (Tarmac) dan Honda Civic EF9 – Malaysia Exclusive 2018 (INNO), dengan tanda harga RM80.00 sebuah.
Tomica
Civic FK8R – Championship White, Civic FK2R – Championship White, Toyota L&F Geneo – Forklift, Mitsubishi Evo X, JSDF High Mobility Vehicle (pair), Toyota Hi-Ace (pair), Nissan GTR Nismo dan Evo III (premium).
Inno-Model
Civic FD2R – Championship White, Civic EF9 – Malaysia Exclusive, Civic EG9 – Black, Civic FD Mugen RR.
Dunia Kolektor 2019
PR membayangkan 2019 merupakan tahun manis buat collector di luar sana kerana lambakan model diecast di pasaran. Bagi collector yang memburu untuk memiliki semua variant, bukan lagi menjadi masalah besar. FD2R (Tomica) pada suatu ketika mencecah harga lantai RM200, kini tidak lagi dipandang dengan kebanjiran model sama yang lebih eksklusif oleh INNO.
Hotwheels? PR akui HW masih ada peminat tersendiri. Mungkin ada kedengaran beberapa isu melibatkan harga dan stok di pasaran, tapi jenama ini masih utuh dan masih digemari di kalangan collector.
Ini sedikit sebanyak coretan PR berkaitan hobi koleksi diecast. Anda punya hobi? boleh share di ruangan komen di bawah. Chill.
0 comments