Di kesempatan ini, PR ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca padinrose.com yang beragama Islam. Memang betul - betul baru ada kesempatan untuk menulis di blog.
Tahun ini, giliran raya di Perak. Tahun kedua beraya tanpa kehadiran Abah. Tapi, kesedihan itu diganti dengan kehadiran puteri sulung anak abang PR yang sudah berusia 6 bulan. Konon macam Adira ada geng baru, tapi haru! Dibantainya meragam pulak pada hari raya pertama. Mungkin Adira belum biasakan diri dengan bayi yang lebih muda darinya.
Macam biasa, hari raya pertama usai singgah di tanah perkuburan, masa untuk family potrait. Warna baju yang tak dirancang, tetapi bila diteliti semula, warna pilihan adalah seimbang dan sedondon antara satu sama lain.
Mak kata, gaya ni sebijik macam arwah Abah. Teringat le tuuuu.. Tapi memang pon, PR mengenakan baju melayu milik Abah (2010). Bila dibelek dalam almari, masih banyak persalinan baju melayu yang masih cantik dan elok. So, biar PR yang pakai.
Ini gambar family kecil PR. Adira tak mahu dipegang dan berdukung. Nak lepas bebas. Memang free style terus rakaman fotonya.
Bila berdukung, ini yang berlaku. CikNyah pon dah pening macamana nak merakam foto bersama Adira. Hai.. tahun depan harap jangan meragam lagi lah.
Hari raya kedua, bawa Adira beraya ke rumah sahabat lama, dan singgah makan kentang! Baru la muka masam mencuka berubah.
Hari raya ke-4, PR dan Ciktom bergerak ke Terengganu. Penat memang penat tapi raya setahun sekali. Ada banyak hari lagi untuk berehat.
Jadi, itu sahaja perkongsian Aidilfitri kali ini. Jom makan kuih raya...
0 comments