Pepatah “rumahku syurgaku” memberi makna yang sangat mendalam. Manakan tidak, definisi rumah itu sendiri memberi penjelasan sebagai binaan untuk tempat tinggal; ahli (orang). Berbeza dengan istilah Inggeris, binaan fizikal rumah disebut house manakala home ini membawa pengertian yang lebih besar.
Home is not a place, it’s a feeling
Madah popular di atas jelas menunjukkan home bukan setakat binaan fizikal, kawasan atau ruang tetapi ia lebih kepada perasaan, memori dan impian. Bagi individu yang berhijrah ke tempat lain dengan apa jua sebab, samada belajar, mencari rezeki atau lain – lain, saat kepulangan ke home ini sangat istimewa. Tambahan pula jika sekali sekala sahaja berpeluang menikmati memori lampau, di mana disitu lah impian bermula.
a house is made with walls and beams. a home is made with love and dreams
Sebagai contoh, balik kampung halaman. Bagi yang berhijrah ke kawasan lain, luar daerah, negeri mahupun sempadan negara, peluang untuk balik ke kampung halaman sentiasa dinantikan. Bonus jika kampung halaman anda di kawasan desa. Kasawan yang belum dicemari dengan kepadatan penduduk, kenderaan, bangunan – bangunan malah industri.
Bagi anda yang “kampung dalam bandar”, jangan kecil hati dengan ayat PR di atas. Anda jangan sedih tiada kampung yang disebelahnya tali air, rimbunan pokok hutan rendang untuk berteduh, atau kicauan unggas dan burung di rimba.
home is a place where you always welcome and surrounded by those who love you
Madah di atas menerangkan home adalah sebuah ruang di mana anda sentiasa dialu – alukan. Tiada tempat yang lebih memberi makna selain dari home, ruang di mana ahlinya sentiasa menyambut anda dengan kasih sayang. Jadi, tidak kira samada balik kampung halaman, atau balik dari kerja, home adalah satu tempat yang memberi anda inspirasi, relaks dan ketenangan.
Biar rumahnya sempit, biar rumahnya tidak mewah, biar rumahnya tidak lengkap dengan dekorasi, tetapi anda harus mengisinya dengan kasih sayang, mengisi dengan penuh keharmonian, mengisi dengan penuh nyala rasa! Hanya dengan itu, rumah sempit seakan luas. Rumah tipikal berasa mewah. Jika hendak banding dengan rumah orang lain, itu bukan home anda. Dan belum tentu anda boleh masuk hanya untuk menumpang tidur semalam dua.
Bagi pasukan bolasepak, bermain di home (halaman sendiri) lebih memberikan motivasi dek sokongan peminat sendiri. Tempat di mana anda sering berlatih, tempat di mana anda sentiasa boleh bertemu dengan peminat dan penyokong. Sedikit sebanyak memberi semangat dan inspirasi untuk bermain dengan cemerlang dan mendapatkan keputusan yang lebih baik.
Kesimpulannya, lebihkan masa anda di home sendiri. Jika anda bekerja, balik lah on-time. Ada kata – kata, “kerja takkan habis”. PR setuju sangat kenyataan ini. Cukup masa seperti yang ditetapkan, anda baliklah. Di home, anda ada kehidupan yang lebih baik.
Pendapat anda?
0 comments