Baru – baru ini, (25 - 30 November 2018) PR telah menghadiri kursus Certified Environmental Professional in Scheduled Waste Management (CePSWAM) di Hotel Vistana, Bukit Jambul Penang. Kursus 5 hari ini merupakan sebahagian keperluan untuk mendapatkan sijil kompeten Scheduled Waste Management.
Environmental Professional Certification Program ini dibangunkan seiring dengan agenda nasional untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran modal insan bagi mencapai visi 2020. Objektif kursus ini juga untuk menghasilkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menguruskan buangan terjadual di premis masing – masing. Ia juga secara tidak langsung memenuhi keperluan yang tertulis dalam Environmental Quality Act, 1974.
Bagi memenuhi keperluan untuk mendapatkan sijil kompeten penuh, calon perlu melengkapkan kehadiran kursus sekurang – kurangnya 80%, lulus ujian bertulis dan penghantaran Field Training Report (FTR) dalam tempoh setahun selepas diberi Temporary Competency.
Adakah Orang Kompeten adalah Keperluan Perundangan?
Ya! Director General of DOE (DG) boleh memberikan title orang kompeten kepada individu yang telah lulus dalam ujian kompetensi.
Section 49, EQA 1974
Proses Untuk Menjadi Orang Kompeten
Terdapat 10 proses utama untuk menjadi orang kompeten dalam Pengurusan Buangan Terjadual.
1. Pendaftaran Kursus
2. Kehadiran Kursus
3. Melengkapkan Tugasan semasa Kursus
4. Peperiksaan
5. Temporary Competency Certificate (valid hanya setahun)
6. Penyediaan FTR
7. FTR Submission kepada EiMAS
8. Temuduga
9. Certified as Competent Person
10. NRCEP – Kumpul 50 CPD point untuk mengekalkan title kompeten penuh
*NCERP – National Registry for Certified Environmental Professional
** CPD – Continuous Professional Development
Program Latihan / Kursus Kompetensi
Jika anda berminat untuk menghadiri program latihan kompetensi ini, anda boleh mendaftar melalui tawaran iklan di laman sesawang DOE. Syarat kelayakan masuk minimum adalah seperti berikut:
a. Diploma or Degree in Science or Engineering; or
b. Certificate from polytechnic or Malaysian Skill Certificate (SKM) Level 3; or
c. Diploma or Degree in other discipline other than Science or Engineering with 1-year experience
Siapa Yang Perlu Hadir?
Managers / Supervisor yang terlibat secara langsung dalam pengurusan bahan toksik dan berbahaya kepada kesihatan.
Kaedah Penyampaian Kursus
Lectures, hands on training session on identification, labeling and storage, course assignments and group discussions
Bagaimana Untuk Mengekalkan Kompetensi?
a. Orang Kompeten perlu mendapatkan minimum 50 CPD hours dalam masa setahun
b. CPD hours boleh diperolehi melalui hadir kursus / aktiviti yang berkaitan seperti kursus teknikal yang ditawakan EiMAS ataupun lain – lain Training Provider, atau penyediaan laporan teknikal, atau memberikan in-house training kepada staf dalaman, self-study dan lain – lain yang berkaitan
Harapan Berjaya
PR sedang menunggu keputusan peperiksaan. Jika lulus, PR dah boleh teruskan dengan preparation FTR di tempat PR bertugas. Sasaran kerja 2019 pasti lebih mencabar daripada tahun ini disebabkan penambahan aktiviti bagi tujuan pengurusan Buangan Terjadual.
Update : Alhamdulillah PR lulus bagi kedua - dua Ujian Teori dan Praktikal
Update : Alhamdulillah PR lulus bagi kedua - dua Ujian Teori dan Praktikal
0 comments