Mari kita bersantai - santai sahaja cuti hujung minggu dengan blog entri resepi sambal bilis mudah dan sedap. Aduhai, macamana blog tips, hobi dan motivasi boleh masuk cerita resepi dan masakan pula kali ini? Keep calm, dan teruskan membaca.
Hampir 20 Berpisah, Kini Ditemukan Semula
Sebenarnya, makanan kegemaran PR adalah sambal tumis ikan bilis. Memang dari kanak - kanak, makanan utama keluarga PR adalah ikan bilis. Tetapi, sejak masuk sekolah berasrama lewat 90an, nak dapat ikan bilis sebagai lauk tu jarang - jarang sekali. Hampir 20 tahun berpisah, akhirnya selepas mendirikan rumahtangga, Ciktom willing untuk belajar menyediakan sajian ikan bilis.
Resepi Sambal bilis Mudah dan Sedap
Jadi disini, PR ingin berkongsi tentang bagaimana menyediakan sambal bilis dengan cara yang mudah dan hasilnya dijamin sedap.
1. Sediakan bahan utama dan bahan asas. Ikan bilis yang dibeli khas di Perusahaan Jamilah, Lumut secara dalam talian menjadi bahan utama dalam sajian ini. Ikan bilis mata biru yang semestinya kurang masin dan rangup digigit merupakan pilihan PR.
2. Sediakan hati yang ikhlas. Masakan ini adalah untuk dimakan. Baik untuk diri sendiri mahupun orang lain. Jadi, sebelum memasak, pastikan anda sudah menyediakan hati yang ikhlas dan mendoakan yang baik - baik sahaja kepada yang akan memakannya nanti.
Tak perlu contoh jauh, mak PR sendiri walau sudah berulangkali masak sambal bilis, kalau tak kena moodnya, pasti ada yang tak kena rasa sajian yang disediakan. Terkadang terlebih pedas, hangit, rasa bawang dan macam - macam lagi.
3. Makan bersama. Untuk menambahkan lagi kesedapannya, sambal bilis yang sudap siap dimasak hendaklah dimakan bersama - sama. Dan jangan lupa menunjukkan tanda isyarat "bagus" sebagai tanda apresiasi dan galakan motivasi supaya mengekalkan kesedapan sajian tersebut di masa akan datang.
Dapat Sesuatu?
Anda dapat sesuatu menerusi blog entri ini?
Semoga anda dapat melakukan sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas. Bukan sahaja hasilnya menjadi lebih baik, anda juga akan memperoleh keberuntungan dariNya.
0 comments