Bercerita pasal hobi, tak lain tak bukan PR mengutamakan hobi paling lama - mengumpul diecast model. Beberapa siri blog entri telah PR garapkan mengenai hobi ini dan bagi anda yang baru mengunjungi blog PR, boleh dapatkan bacaan tersebut di pautan "Hobi".
Komuniti Kereta Buruk Diecast
PR join komuniti facebook, Kereta Buruk Diecast. Komuniti yang menggunapakai deskripsi "From a collector to a collector" ini dilihat mempunyai falsafah tersendiri. Sehingga PR menulis entri ini, terdapat 1,734 ahli dan dijangka akan bertambah lagi dari semasa ke semasa.
Menarik di Group Kereta Buruk Diecast
Hampir 4 minggu berada dalam komuniti tersebut, PR tertarik dengan beberapa aktiviti dalam group Kereta Buruk Diecast (KBD), antaranya ialah:
1. Spam sampai Lebam
Anda boleh spam berapa banyak koleksi diecast anda. Kereta buruk atau kereta lawa, anda boleh spam sampai lebam! Dalam group ini, ahli tidak mengamalkan budaya memperlekehkan koleksi anda. Jika ada, confirm kena remove serta merta. Kita hanya mahu enjoy saja.
2. Spam mengikut tema
Selain spam sampai lebam, anda juga boleh spam mengikut tema. Tema ini mungkin secara harian, ataupun tema tertentu yang diselaraskan admin. Bagi bulan Mac, tema adalah seperti banner di bawah.
3. King of the Show
PR rasa, ini antara yang ditunggu - tunggu ahli KBD. Hujung minggu, ahli boleh join spam ikut tema yang ditetapkan untuk King of the Show (KOTS). Ada sesetengah RAOK disediakan kepada pemenang segmen KOTS.
Tema KOTS 17 - 18 Mac
4. Pasar Kereta Buruk
Segmen Pasar Kereta Buruk membolehkan ahli membuat urusan jual-beli sesama collector. Maybe ada yang fixed price atau negotiable.
5. Idea & Kreativiti
Anda juga boleh mengambil idea dan kreativiti ahli lain dalam memperagakan koleksi anda, samada tersimpan rapi di dalam blister, atau diletakkan di dalam rak eksklusif, atau menyediakan set diorama, atau bermacam cara lagi yang tidak pernah terlintas di fikiran sebelum ini.
6. Istilah Collector
Hahah, yang ini PR mengaku memang kebanyakan istilah ni baru tahu bila join komuniti ni. Walaupun PR dah mengumpul model diecast ni dari 1993, tapi banyak istilah - istilah yang PR baru pernah dengar. Samada digunakan dari dulu atau baru sekarang ia muncul, entahlah. Layan.
- Blister - kotak plastik yang melindungi model
- Mint condition - condition kad lama yang masih berkeadaan baik
- RAOK (Random Act of Kindness) - collector berhajat memberi koleksi secara percuma kepada org lain
- Short-form WTB - Want to Buy
- Short-form WTS - Want to Sell
- Short-form WTT - Want tu Trade
- Short-form LOT - Jualan secara pukal
Hobi : Bukan Tekanan
Menarik atau tak menarik komuniti KBD? Apa pun jawapan anda, tak kisahlah, apa yang PR hendak tekankan disini adalah hobi bukanlah satu bentuk tekanan. Tak perlu rasa tertekan jika anda tidak memiliki apa yang dimiliki collector lain.
0 comments