Dalam tempoh 5 tahun kebelakang, pertumbuhan positif industri pelancongan di negara ini sedikit sebanyak memberi rezeki tambahan kepada pengusaha tempatan. Salah satu dari perusahaan yang PR ingin ketengahkan adalah Bisnes Homestay.
3 Rahsia Besar Pelaris Bisnes Homestay
Sebagai pengguna, PR menulis atas pendapat dan pandangan sendiri berkenaan faktor pemilihan homestay. Jadi, di sini PR senaraikan 3 perkara yang pengusaha Bisnes Homestay perlu ambil perhatian. Dalam pemerhatian ini, PR kecualikan faktor harga.
1. Gambar yang memukau
Gambar merupakan daya tarikan utama membuatkan bakal pelanggan anda teruja untuk menempah homestay anda! Sebaiknya anda perlu mendapatkan jurugambar profesional bagi menghasilkan gambar dengan tarikan yang memukau. Jika anda mahu menggambar sendiri, anda bolehlah merujuk entri Teknik Fotografi Memukau.
2. Pemilihan Dekorasi Eksklusif
Pelanggan inginkan kelainan ketika bercuti. Pemilihan dekorasi yang menarik boleh menjadi tarikan kepada pelanggan untuk memilih homestay anda. Anda boleh menambah dekorasi seperti frame gambar, pasu bunga, dan sarung kusyen moden. Anda juga boleh memasang wallpaper bagi menonjolkan kelainan di dalam hiasan dalaman homestay anda.
Pemilihan corak cadar dan tuala juga merupakan elemen penting dalam menaikkan seri homestay anda. Berhati-hati agar jangan terpilih corak cadar old style . Pilihlah corak yang moden dan terkini. Corak cadar moden mampu mempengaruhi suasana dan menaikkan seri homestay anda.
Pemilihan perabot yang moden pula adalah penting kerana ia merupakan elemen yang paling besar serta menentukan tema hiasan dalaman homestay anda. Pemilihan yang salah akan memberikan impak yang negatif kerana anda perlu bersaing dengan homestay lain yang mungkin menawarkan hiasan yang lebih menarik.
3. Kredibiliti Tinggi
Sesetengah Online Travel Agency (OTA) memberi pengiktirafan kepada host yang mendapat rating yang tinggi daripada pelanggan. Antaranya Airbnb menganugerahkan gelaran Superhost kepada host yang menepati syarat-syarat kelayakan. Tripadvisor pula menganugerahkan Traveller’s Award kepada pengusaha homestay yang mencapai tahap kualiti yang dikehendaki.
Sebagai pengusaha bisnes homestay, anda disyorkan untuk mendapatkan anugerah-anugerah seperti ini bagi meningkatkan kredibiliti homestay anda.
Bisnes Homestay
Dalam tempoh beberapa tahun mendatang, PR melihat bisnes homestay ini akan bertambah maju dan menjanjikan persaingan. Justeru, kepada pemilik - pemilik homestay atau bakal pemilik homestay, anda bolehlah belajar mengurus homestay anda hingga menjadi rebutan ramai pelawat untuk menempah.
Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan ini mempunyai 6 bahagian kesemuanya, mengandungi 27 bab yang lengkap dan padat berkaitan hal - hal pengurusan homestay sebanyak 115 mukasurat!
0 comments