Dalam memilih warna cat rumah yang menarik, tentu ada pelbagai faktor yang anda harus perhatikan. Bermula dengan kombinasi color scheme, jenis ruangan, pencahayaan dan warna kelengkapan perabot. Maka dari itu, anda perlu membuat pertimbangan berkenaan warna cat rumah tambah - tambah jika ia rumah pertama.
Pilih Warna Cat Rumah dengan Powerpoint
PR cadangkan anda menggunakan kaedah cuba-jaya sebelum membeli cat. Pelbagai aplikasi digital masakini yang boleh membantu anda menyusun-padan warna cat rumah anda. Dalam tutorial ini, PR menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Ia mudah dan ringkas tanpa perlu pening kepala untuk merekabentuk pilihan anda.
1. Membina bentuk asas
Pada langkah pertama, anda hendaklah membina bentuk asas; segiempat, segitiga, elips dan sebagainya. Jika foto asal dalam bentuk perspektif 2 titik atau 3 titik, anda perlu menggunakan Freeform shape.
1.1 Insert image
1.2 Insert > shapes > Freeform shape
1.3 Click pada point yang anda mahukan
2. Pelarasan warna
2.1 Click shape (yang sudah dibina di Langkah 1) > Format
2.2 Laraskan Ouline fill - No Outline
2.3 Laraskan Shape fill mengikut Langkah 3
3. Color Scheme
Anda boleh dapatkan panduan memilih color scheme di enjin carian, dan pilih warna yang anda suka. PR mahukan konsep rumah PR berkait dengan nature, maka PR pilih color scheme berikut.
3.1 Click Shape > Format > Shape Fill > Eyedropper
3.2 Halakan cursor pada warna yang anda mahukan
Bagi memperlihatkan warna anda lebih realistik, anda boleh menggunakan fungsi gradient, laraskan mengikut kesesuaian dan pencahayaan.
3.3 Right Click shape > Format shape > Fill > gradient fill
3.4 Pilih "type", "Direction", dan pilihan warna anda
4. Teknik Fragment Shape
4.1 Bina shape seperti gambarajah di bawah
4.2 Click + Control bagi kedua - dua shapes
4.3 Format > Merges shapes > Fragment
4.4 Kemudian anda boleh delete bahagian yang tidak diperlukan
5. Kemasan akhir
Ulang Langkah 1- 4 bagi bentuk dan warna yang dikehendaki sehingga anda berpuas hati.
Teknik Pilih Padanan Warna Rumah Cepat, Jimat dan Mudah
Begitulah sedikit sebanyak panduan yang PR boleh kongsikan bagi memilih warna cat rumah dengan powerpoint. Anda boleh mencuba sendiri, semestinya mendapat hasil yang cepat dengan teknik mudah serta mungkin juga dapat menjimatkan kos kerana anda tidak perlu mengupah orang lain.
Ini contoh lain yang PR buat menggunakan kaedah di atas. Masih ingat kurta jenama KACAX? InsyaAllah bulan Mac 2018 butik KACAX akan beroperasi di Level 3, Plaza Angsana JB. Jika anda pertama kali mengetahui jenama ini, boleh baca KACAX pasti kacak!
0 comments