Bayi 2018 Terima RM300 di Terengganu

Berita baik jika bayi anda dilahirkan di Terengganu pada 2018, akan menerima wang saguhati kelahiran berjumlah RM300.00 sumbangan kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Sebanyak RM200 diberikan kerajaan pusat melalui Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 manakala RM100 lagi diberikan program kerajaan negeri sedia ada iaitu Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)
saguhati bayi kelahiran 2018

Saguhati Kelahiran Bayi Terengganu
Syarat Permohonan Saguhati Kelahiran Anak Terengganu

  1. Bayi hendaklah dilahirkan di negeri Terengganu bermula pada 1.1.2018 sehingga 31.12.2018
  2. Bagi bayi yang dilahirkan di luar negeri Terengganu, permohonan hanya akan dipertimbangkan jika terdapat bukti atau pengesahan bahawa keperluan bersalin di luar negeri Terengganu adalah atas nasihat doktor dan disebabkan oleh nasihat kepakaran atau komplikasi semasa proses bersalin
  3. Ibu atau bapa bayi mestilah rakyat negeri Terengganu yang lahir dan telah menetap melebihi 10 tahun di negeri Terengganu
  4. Bilangan anak bagi permohonan program ini dimaksudkan sebagai "bilangan anak dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada satu perkahwinan sahaja dan bukan keluarga berpoligami
  5. Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Saguhati Kelahiran bersama dengan Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i
  6. Permohonan hendaklah disertakan bersama salinan dokumen yang disahkan sebagaimana berikut:
Salinan Dokumen
  • Borang permohonan saguhati kelahiran yang lengkap diisi dan ditandatangani
  • Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i
  • Salinan Sijil Kelahiran Bayi
  • Salinan MYKID (jika ada)
  • Salinan kad pengenalan ibu
  • Salinan kad pengenalan bapa
  • Salinan sijil nikah ibubapa yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia
  • Salinan kelahiran kesemua anak bagi permohonan kelahiran anak ke-7 dan ke-atas
Permohonan yang lengkap bolehlah dikembalikan kepada:
  1. Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu 09-6249355
  2. Pejabat YPK Kawasan Dungun 09-8485654
  3. Pejabat YPK Kawasan Setiu 09-6097808
  4. Pejabat YPK Kawasan Hulu Terengganu 09-6861012
  5. Pejabat YPK Kawasan Kuala Nerus 09-6672667
  6. Pejabat YPK Kawasan Kemaman 09-8584898
  7. Pejabat YPK Kawasan Besut 09-6976301
  8. Pejabat YPK Kawasan Marang 09-6189135
Jadi, kalau menepati syarat - syarat yang telah ditetapkan, kenapa tidak memohon? Untuk mendapat impak yang besar, haruslah bermula dengan usaha pertama biarpun sedikit atau kecil. Menabung dari umur bayi, insyaAllah akan memberi keselesaan untuk anak anda di masa akan datang.
0 comments

Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics