Hujung Oktober lalu, PR ada tugasan luar di Putrajaya. Ini yang pertama tugasan di luar Johor Bahru bagi tahun 2016. PR menginap di Tan 'Yaa Hotel by Ri-Yaz, Cyberjaya. 10 minit dari lokasi mesyuarat yang PR perlu hadir.
Dengan bantuan gps, PR dapat menemukan Tan 'Yaa Hotel walaupun beberapa kali salah masuk jalan. Penyediaan ruang parkir kereta yang banyak sangat melegakan dibantu dengan kawalan keselamatan berpagar.
Berdasarkan review pengunjung, rata - rata memberikan komen yang terbaik. Sebaik PR melangkah kaki ke dalam lobi, PR mengharapkan apa yang ditulis dan diceritakan perihal Tan 'Yaa Hotel adalah benar belaka. Harga bilik yang PR tempah adalah RM130, Superior Room.
Agak memeranjatkan pada mulanya apabila staf memaklumkan tiada rekod tempahan dalam sistem. Namun, rezeki dipermudahkan staf memberikan PR bilik lain setelah superior room telah penuh ditempah. PR diberikan akses kepasa bilik junior suite, dengan tidak dikenakan sebarang caj tambahan.
Bilik junior suite sangat luas. Terdapat set sofa dan work station yang menjadikan bilik ini seperti SOHO yang sempurna. Di dalam bilik disediakan 2 buah pendingin hawa bagi menampung ruang bilik yang besar.
Antara kemudahan lain yang disediakan di dalam bilik adalah:
- TV dengan siaran pilihan Astro
- Wi-Fi yang super laju!
- In-room safe
- Pantri bersama minibar, microwave oven
- Peti ais mini & pemanas air minuman
Lokasi Tan 'Yaa Hotel ini juga agak strategik, berhampiran dengan central point of Cyberjaya. Kalau nak mengisi perut, boleh saja pergi ke kawasan sekitar berhampiran. In case, kalau tak ada pengangkutan, boleh sewa kereta yang telah disediakan oleh pihak hotel. Senang kan?
Yang terakhir, sarapan pagi! Ya, sebelum memulakan hari, anda perlu mengambil sarapan. Menu sarapan di Tan 'Yaa Hotel biasa - biasa saja. Tapi, bak kata pepatah "Rezeki jangan ditolak". Secara keseluruhan, PR sangat berpuas hati menginap di Tan 'Yaa Hotel, Cyberjaya. Pekerja dan staf yang peramah, bilik yang luas dan selesa serta harga berbaloi - baloi.
Beli sebijik bagus juga ni kan?
Habis kerja, pusing - pusing sekitar Putrajaya sebelum bergerak semula ke selatan tanah air. Tamat.
0 comments