Baru - baru ini, PR dan ciktom telah menerima gambar sesi fotografi perkahwinan di Marang. Melihat bungkusan rapi pengirim, meningkatkan lagi perasaan teruja untuk melihat hasil rakaman fotografi bagi majlis yang sangat istimewa.
A great photograph is a full expression of what one feels about what is being photographed in the deepest sense, and is, thereby, a true expression of what one feels about life in its entirety. - Ansel Adams
Gambar Kahwin: Memori yang Boleh Ditatap Berpuluh Tahun
Kalau singkap semula hari istimewa tersebut; catering, baju kahwin, mak andam, pelamin, barang hantaran dan goodies, semua tu tak bertahan lama. Cuma, yang boleh membuatkan senarai itu kekal dalam memori dan dibuktikan secara fizikal adalah melalui kenangan bergambar.
Pada awalnya, PR mengelak tapi akhirnya bersetuju mendapatkan perkhidmatan jurugambar semasa majlis perkahwinan di Marang dengan justifikasi yang memuaskan hati. Jadi setelah hampir sebulan, tiba masa untuk melihat hasil gambar sesi fotografi tersebut.
Hasil Gambar Sesi Fotografi Majlis Kahwin
Setelah melihat hasil gambar, PR dan ciktom saling berpandangan dan termenung tanpa dialog. huhuh... secara peribadi, PR kelaskan hasil gambar tu hampir setara je dengan kualiti gambar yang diambil dengan kamera telefon dan ekspresi gambar juga tak menggambarkan ia dirakam oleh jurugambar berbayar [SORRY].
3rd Rule? Entah...
Macam ada yang tak kena dengan foto ni... Center?
Ini sudut yang paling menarik.. agaknya
3rd Rule atau Bird Eye?.. Pemilihan latar.. emm..
Pakej yang ciktom ambil memang pakej bajet, tetapi masih lagi memerlukan banyak ratus untuk mendapatkan perkhidmatan jurugambar. Pelanggan setuju untuk membayar dan mengupah atas dasar kepakaran dalam perkhidmatan yang disediakan namun hasil seolah tidak setimpal dengan bayaran yang dikenakan.
Gambar di Pulau Kekabu, Marang. Dalam banyaknya gambar outdoor dengan lokasi pantai, batu - batu, laut dan bot.... ini je yang PR rasa OK. 3 gambar berikutnya di bawah ini merupakan rakaman melalui kamera telefon dan bukan jurugambar berbayar. Apa pendapat anda?
Nota Kaki
Apa pun tetap bersyukur majlis berjalan lancar, dan gambar - gambar yang dirakam sedikit sebanyak memberikan memori. PR pernah terbaca, "membeli Nikon tidak menjadikan anda seorang jurugambar, yang pasti anda pemilik Nikon". PR doakan jurugambar majlis perkahwinan PR dapat meningkatkan kemahiran di masa akan datang dan semoga perniagaan semakin maju.
0 comments