Penyebaran atau perkongsian maklumat masakini amat mudah. Bermacam jenis maklumat kita boleh dapatkan dalam masa yang singkat dengan cara yang mudah dan praktikal. Tempat menarik yang ingin dilawati, atau resepi masakan cara mudah dan sedap, isu - isu hangat politik, sukan mahupun gosip artis serta pelbagai lagi contoh maklumat yang kita boleh cari hanya menggunakan jari.
Kemudahan teknologi masakini menyemarakkan individu untuk menulis dan berkongsi maklumat berkenaan dengan apa yang mereka ada, ke mana mereka pergi, apa yang mereka makan dan banyak lagi. Bagi penulis, (seperti blog ini), maklumat yang disampaikan haruslah tepat, sahih dan berfaedah kepada pembaca. Tapi PR tak nafikan, ada juga kadangkala maklumat yang dimanipulasi untuk tujuan tertentu.
Berkongsi Maklumat di Blog atau Facebook
Mengikut statistik dari laman internet live stats, pengguna internet di dunia hampir mencecah 3.5billion, pengguna facebook aktif 1.7billion, blog post written today 2.8 juta (statistik pada 14/10/16) dan dijangka angka ini akan terus meningkat setiap saat.
Trend masakini, individu gemar berkongsi melalui platform facebook dan blog. Feature yang praktikal untuk menulis karangan, artikel atau pandangan yang panjang dan boleh menyertakan gambar bagi menarik minat pembaca. Apatah lagi sekarang sangat mudah untuk merakam gambar.
Jika anda menulis di facebook, rakan dalam senarai kenalan akan membaca penulisan anda, dan kalau kena gaya, mereka akan kongsikan pula. Andai anda mempunyai senarai kenalan yang ramai dan jumlah perkongsian pada tahap yang memberangsangkan, mana tahu penulisan anda akan menjadi viral. Nah! Jika sebelum ini hanya anda seorang yang tahu perihal sesuatu perkara, sekarang ramai orang akan mengetahui perkara sama.
Tetapi, perkara ini bukannya boleh terjadi sekelip mata. Anda perlu membina kredibiliti supaya orang kenal sebelum bersedia untuk mengkongsikan idea dan buah fikiran anda. Begitu juga jika anda menulis di blog. Bukan mudah juga untuk "memperkenalkan" maklumat anda kepada pengguna internet lain.
Penulis yang serius perlu mempelajari teknik - teknik yang berkesan dalam penulisan, serta perlu mengetahui bagaimana anda mahu melariskan penulisan tersebut. Semakin banyak menulis, anda akan menjadi semakin mahir dan hasil penulisan juga akan menjadi semakin baik.
Mungkin pada awalnya, anda hanya ingin menulis, kemudian ingin berkongsi maklumat sehinggalah anda mahu jadikan penulisan anda sebagai punca pendapatan sampingan. Sepeti yang PR garapkan pada perenggan awal tadi, ia bukan datang sekelip mata tetapi ia tidak mustahil untuk dicapai.
Faedah Menulis di Blog atau Facebook
Secara keseluruhan, PR merumuskan dalam era perkongsian maklumat global, terdapat beberapa faedah menulis di blog atau facebook. Anda boleh memperkenalkan tempat menarik di kampung anda, memperkenalkan resepi rahsia sepanjang zaman, berkongsi tips - tips kekeluargaan, petua, tutorial DIY, mempromosi perniagaan dan mesej - mesej lain yang pelbagai.
Selain berkongsi, anda boleh menajamkan kemahiran menulis serta mencuba nasib untuk menjana pendapatan sampingan melalui penulisan di blog atau facebook.
Apa kata anda?
Secara keseluruhan, PR merumuskan dalam era perkongsian maklumat global, terdapat beberapa faedah menulis di blog atau facebook. Anda boleh memperkenalkan tempat menarik di kampung anda, memperkenalkan resepi rahsia sepanjang zaman, berkongsi tips - tips kekeluargaan, petua, tutorial DIY, mempromosi perniagaan dan mesej - mesej lain yang pelbagai.
Selain berkongsi, anda boleh menajamkan kemahiran menulis serta mencuba nasib untuk menjana pendapatan sampingan melalui penulisan di blog atau facebook.
Apa kata anda?
0 comments