Setiap hari pasti terlihat orang - orang yang berjaya di sekeliling anda, samada depan mata atau di laman sosial anda. Anda melihat mereka gembira, senyum, dan menikmati kehidupan mereka. Adakah anda terfikir mereka adalah "the lucky ones"?
Success is an iceberg; there is what people see on the surface
Melihat kejayaan sesetengah orang ini adalah apa yang diperkatakan seperti melihat bahagian atas sebuah iceberg. Kebenaran tentang sesuatu kejayaan itu adalah sesuatu yang lebih gelap dan teruk daripada apa yang anda fikirkan.
Sumber : examinedexistence.com
7 Harga yang Perlu Dibayar untuk Berjaya
1. Berterusan
Anda perlu melakukan sesuatu secara berterusan. Jangan mudah putus asa dan berhenti di pertengahan. Pasti ada peningkatan terhadap sesuatu yang anda lakukan secara berulang kali. Jika anda berterusan melukis, pasti anda akan berjaya menghasilkan gambar yang lebih cantik dan kemas berbanding tahap permulaan.
2. Pengorbanan
Jarang benar orang berjaya sekelip mata. Perlu ada sedikit pengorbanan. Korban masa. Korban wang ringgit. Korban tenaga. Tiada orang berjaya tanpa perlu menuntut ilmu, tiada orang berjaya tanpa latihan dan tiada orang berjaya tanpa motivasi. Seorang juara dunia dalam acara pecut tidak hanya melepak di kedai kopi untuk berjaya!
3. Usaha dan Kerja Keras
Tidak dapat tidak, usaha dan kerja keras tidak boleh diketepikan untuk mencapai kejayaan. Tetapi tidak bermakna anda perlu bekerja lebih masa. Point ini ada kaitan dengan perkara nombor 4.
4. Rutin yang Kemas
Anda susun rutin dan jadual anda dengan kemas. Displinkan diri dengan jadual yang anda bina. Pastikan ada ruang masa untuk beribadah, masa bersama keluarga dan masa untuk reflek diri anda sendiri.
The cost of success is huge
5. Kegagalan
Terima kegagalan! OK jika anda gagal, tetapi anda harus belajar dari kesilapan dan elakkan dari mengulang kegagalan yang sama. Anak kecil gagal berulang kali untuk berdiri, tetapi sedikit demi sedikit belajar untuk mengimbangi badan dan sejurus pandai berdiri, ia takkan jatuh lagi.
6. Kekecewaan
Kegagalan menyumbang kepada kekecewaan. Banyak faktor yang boleh mendorong anda kecewa. Kadangkala perkara luar yang membuat anda kecewa. Jangan khuatir, anda tidak boleh mengawal keseluruhan perkara yang berlaku di sekeliling anda, tetapi anda boleh mengawal diri anda sendiri.
7. Pengabdian dan Kepercayaan
Berdoalah dan tetapkan kepercayaan dalam diri, pasti ada kejayaan menjelma tidak lama lagi setelah apa yang anda buat dan usahakan sebelum ini. Cepat atau lambat, semua itu adalah atas kehendakNya.
Hendak berjaya menawan puncak Kinabalu, bukan sekadar hanya pasang niat. Fikirkan.
0 comments