Anda suka ambil gambar?
Jika "YA", apakah tujuan anda mengambil gambar?
Jenis gambar yang bagaimana anda suka ambil, lihat dan persembahkan?
Nota Kaki
Jika "YA", apakah tujuan anda mengambil gambar?
Jenis gambar yang bagaimana anda suka ambil, lihat dan persembahkan?
A picture can tell a thousand words, but a few words can change it's story - Sebastyne Young
Sebelum era kemajuan teknologi seperti yang dinikmati hari ini, gambar dirakam menggunakan filem, dan perlu diproses terlebih dahulu. Rugi untuk menggunakan 24 atau 36 filem dengan menggunakan gaya, lokasi dan pakaian yang sama. Yang pasti, perasaan teruja menunggu gambar yang telah dirakam siap diproses.
Gambar ini tidak lain tidak bukan memberikan tanda ingatan pada sesuatu perkara. Sebagai contoh, sambutan hari lahir, sambutan Hari Raya, hari pertama persekolahan dan tak lupa juga apabila mendapat persalinan baju baru! Memang bergaya sakan, kalau boleh tidur pon mahu mengenakan baju baru.
Gambar ini disimpan dalam album khas mengikut tema tertentu bagi memudahkan untuk melihat dan membelek semula gambar yang dirakam. Hanya kerana sekeping gambar, boleh jadi sehari semalam belum tentu habis lagi kenangan yang terkandung dalam gambar tersebut. Boleh jadi gambar yang dirakam hanya mendapat liputan ahli keluarga terdekat sahaja.
Dunia Tanpa Sempadan
Hari ini, di saat PR menulis blog entri ini, entah berapa banyak gambar telah dikongsi dan mungkin telah merebak ke seluruh pelusuk bumi! Hahah.. Betapa mudah mengambil, melihat dan berkongsi gambar. Hanya beberapa saat dan langkah sahaja.
Tidak perlu lagi memikirkan untung - rugi tentang gambar yang diambil. Boleh ambil berapa banyak yang anda suka. Boleh ambil gambar apa sahaja. Boleh ambil gambar dalam posisi sama berulang kali untuk mendapatkan hasil dan paparan yang paling menarik.
There's a huge difference between what we picture and the original image - Shihab Kazi
Kali ini, konsep "memori" itu tidak menjadi lagi menjadi tujuan utama. Gambar yang terakam hari ini lebih kepada "tunjuk apa yang aku ada", "tunjuk mana yang tempat yang aku pergi", "tunjuk apa yang aku makan", tunjuk apa yang aku pakai" dan berbagai lagi. Kalau nak senaraikan semua, PR rasa mungkin entri ini panjang berjela mencecah 80 perenggan!
Baik Buruk Berkongsi Gambar
Perkara ini tidak boleh dielak dan jauh sekali untuk dihentikan. Gaya hidup ini selari dengan era perkongsian maklumat masakini. Apa pun, yang boleh PR suarakan, kaji dan selidik baik buruknya gambar yang hendak dikongsikan terlebih dahulu. InsyaAllah niat yang baik, akan mendapat pulangan yang baik dan begitulah sebaliknya.
Jangan hanya kerana sekeping gambar, mengaibkan orang lain. Jangan hanya kerana sekeping gambar, timbul salah faham dan mengeruhkan keadaan. Jangan hanya kerana sekeping gambar, boleh menimbulkan fitnah.
Nota Kaki
Bukanlah PR maksudkan gaya hidup mengambil gambar dan berkongsi di media sosial itu semuanya negatif. Kalau kena gaya, bidang fotografi ni pun boleh jadi sumber menjana pendapatan. Yang penting, bak kata Cikgu Zafrullah, guru matapelajaran Sejarah PR, "buat apa pun kena sungguh - sungguh. Kalau main, main sungguh - sungguh, kalau belajar, belajar sungguh - sungguh!"
Jom, ambil gambar!
Jom, ambil gambar!
0 comments