Cuti hujung minggu boleh dimanfaatkan dengan pelbagai perkara menarik. Sebagai contoh, rakan blogger akubiomed menghabiskan cuti hujung minggu dengan melakukan aktiviti bersama keluarga. Meluangkan masa bersama keluarga merupakan aktiviti berkualiti dan dapat mengukuhkan nilai kekeluargaan.
Ada juga individu yang gemar menghabiskan masa di rumah sahaja termasuk PR. Seminggu bekerja, maka cuti hujung minggu digunakan sepenuhnya untuk berehat, relaks dan bersantai. Bermacam aktiviti yang boleh dilakukan seperti membaca buku, menonton siaran televisyen, menceriakan laman atau menggodek idea dekorasi rumah.
Sepertimana blog entri terdahulu Baca : Inspirasi Dekorasi Rumah Baru, kediaman seharusnya bukan sekadar tempat berteduh, malah seharusnya meningkatkan nilai emosi dan spiritual kepada penghuninya. Jadi, dalam membentuk dan membina kediaman idaman, harus juga meneliti bajet supaya kos dekorasi tidak menelan belanja yang sangat besar.
Apabila membeli barang untuk rumah seperti perabot dan aksesori, barangan yang penting dan utama perlu dilaburkan lebih sedikit dan barangan mana yang boleh jimat kita jimatkan. - Alam Anuar
"Jimatkan belanja dekorasi" - Notes (ios) + PIP Camera
PR kongsikan beberapa item mesti beli untuk kediaman anda.
Jimatkan belanja untuk :
- Lampu ruang tamu - lampu meja, lampu lantai, lampu dinding pilih energy saving bulb
- Meja Sisi - Boleh pilih bentuk yang elegan dan ringkas. Tidak perlulah pilih meja sisi yang bulky dan berat.
- Kabinet TV - Kini kebanyakkan tv berbadan nipis seperti plasma tv dan tergantung pada dinding. Oleh itu, tidak perlu kabinet tv yang bulky, cuma sekeping para sudah mencukupi. Selain itu, boleh menjimatkan ruang tamu anda.
- Meja kopi - Jenis meja kopi yang mempunyai ruang simpanan, anda mempunyai lebihan penstoran untuk barangan di ruang tamu.
- Gelas kaca - Kenapa perlu beli gelas kaca yang mudah pecah?
- Permaidani - Anda hanya perlukan permaidani kecil jika perlu untuk bilik tidur anda
Laburkan belanja untuk :
- Sofa - Bentuk yang klasik dan fabriknya warna natural (sesuai untuk semua konsep). Pilih sofa yang memberikan anda keselesaan dan sokongan secara maksimum. Kualitinya boleh bertahan selama 10-15 tahun.
- Cermin - Cara mudah meluaskan ruang makan yang sempit
- Langsir - Pilih fabrik yang berkualiti supaya tahan lebih lama dan nampak tergantung dengan baik.
- Set meja makan - Anda mengunakannya setiap hari. Oleh itu, dapat meja solid yang lebih kukuh dengan kerusi yang selesa. Boleh dibeli secara pakej (meja+kerusi) atau secara berasingkan.
- Tilam dan bantal - Memberikan ada keselesaan dan kesihatan badan. Tilam yang sesuai memberikan kita tidur dengan lena dan bangun dengan segarnya. Ketika uji tilam, sila baring selama 10-15 minit (dari situ dapat rasa, adakah tilam ini sesuai untuk kita).
- Almari pakaian - Jika almari pakaian dapat dikustomkan menempati cara hidup anda lagi bagus. Built-in wardrobe dapat memaksimumkan ruang pakaian di bilik tidur anda.
Dengan perkongsian ini, dengan harapan anda boleh merancang untuk menghias kediaman anda menjadi lebih menarik tanpa perlu menelan kos belanja yang besar. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih tentang dekorasi bajet, bolehlah layari laman web dekorasibajet.com. Semoga anda terinspirasi untuk mengubah dekorasi rumah anda kelihatan lebih menarik.
Nota | Dapatkan Ebook PERCUMA 16 Himpunan Entri Motivasi Terbaik padinrose.com (2009 - 2011) untuk mengikuti pelbagai kisah inspirasi kehidupan >>Ebook PERCUMA<<
0 comments