Makanan adalah perkara asas yang diperlukan untuk terus hidup dan memberi tenaga bagi menjalankan aktiviti harian seperti bekerja, berfikir, bersukan, beribadah dan lain - lain. Tetapi adakalanya keperluan makanan itu beralih kepada kehendak selera yang sentiasa berubah.
Makanlah, minumlah, berpakaianlah dan bersedekahlah... tetapi semua hal tersebut harus dijauhkan dari sifat riak, sombong dan jangan terlalu berlebihan
Perihal selera dinamik ini sesuai dengan trending hidangan makanan ringan masakini. Kemajuan teknologi dan kemunculan laman sosial yang pelbagai memudahkan lagi sesuatu hidangan makanan unik menjadi viral dan trend sebaik sahaja gambar dimuat naik.
Tidak berapa lama dahulu, makanan ringan yang menjadi trend adalah seperti durian crepe. Mungkin idea asalnya telah timbul beberapa tahun sebelum tetapi dengan kuasa media sosial, ia telah menjadi makanan trending. Ramai yang mencuba melalui perkongsian resepi di media sosial - paling pantas, dan memuat naik hasil sendiri dan ada juga yang mengambil peluang untuk menjadikannya sebagai punca pendapatan sampingan.
Sumber : Yatiememories
Sedikit demi sedikit, hidangan makanan tersebut telah diubahsuai untuk tampak lebih unik, menarik dan mewujudkan kepelbagaian pilihan. Baca Tambah Perisa Penyedap Rasa.
Kemudian, muncul pula jambu potong asam boi dan mangga asam boi. Serbuk dan asam boi yang agak 'tenggelam' kembali menjadi kegilaan dan buruan sehingga ia menjadi salah satu produk laku keras! Begitu juga trending aiskrim pasu dan pisang goreng cheese. Tu belum cerita coffee king yang katanya minum 2 hari pun tak habis.
Pisang goreng cheese strawberi
Aiskrim? Ya, tekak jarang menolak aiskrim dan makanan ringan yang sedang trend masakini adalah aiskrim sumi jeli! Di facebook, instagram malah di blog juga tidak putus - putus gambar dan resepi menyediakan aiskrim sumi jeli ini dikongsikan.
Aiskrim Sumi Jeli
Kerancakan trend makanan seperti ini menggambarkan budaya makan sebagai satu rujukan, jika anda tidak mencuba dan tidak pernah merasa, anda akan ketinggalan. Anda akan berasa tidak selamat jika tidak makan apa yang orang suka makan. Perlu atau tidak berasa sedemikian, anda sendiri yang tentukan.
Anda sudah cuba aiskrim sumi jeli?
0 comments