Dalam daftar-isi percutian di Kuala Terengganu, aku sempat juga meluangkan masa berkunjung ke Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man. Taman ini menjadi lokasi menarik juga untuk pelancong, sambil boleh beriktiqaf sebentar di Masjid Kristal.
Taman monumen TTI menawarkan pelawat - pelawatnya pengalaman yang unik. Memaparkan 23 buah monumen Islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global lagi sofistikated
Bayaran masuk ke taman monumen ini adalah sebanyak RM 21.20 bagi dewasa. Warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan kanak - kanak berusia antara 7 - 12 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM 15.90. Bagi tiket dewasa, disertakan sekali baucer makan RM2 dan baucer cenderahati RM2. OK ke tak OK hal bayaran? Layan...
Taman ini juga menyediakan perkhidmatan basikal, buggy dan tram. Kadar harga berbeza mengikut perkhidmatan yang disediakan, bermula dengan serendah RM 5.50 sehingga RM 159.00. Aku mengambil keputusan untuk melangkah dengan kaki sahaja.
Sebelum keluar dari Taman ini, bolehlah berbelanja di kedai cenderahati untuk tanda kenang - kenangan. Boleh tengok - tengok juga promosi jualan yang sedang berlangsung untuk penjimatan. Baucer cenderahati boleh ditukar di premis tu.
Jadi, menurut pemerhatian aku sepanjang kunjungan:
Menarik Di Taman Tamadun Islam
- Penggunaan pasport sebagai tiket masuk nyata memberikan kelainan - terdapat juga info berkaitan monumen yang dilawati - elak terlepas pandang 23 monumen kesemuanya
- Pembinaan replika yang hampir sempurna seperti binaan asal
- Menyediakan paparan video bagi beberapa monumen terpilih
Kureng Di Taman Tamadun Islam
- Perancangan penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Semasa lawatan, ada 2 - 3 buah monumen dalam fasa penyelenggaraan. Wayar dan kabel berserakan di lantai dan tidak ditanda dengan tali keselamatan
- Terdapat replika yang terlalu besar dan tidak relevan dengan pembinaannya yang 'biasa' sahaja
Mari layan gambar yang sempat aku rakamkan semasa lawatan. Tak tunjuk semua, nanti tak surprise la kalau anda memasang niat hendak melawat TTI.
Aleppo Citadel
Great Mosque of Agadez
Masjid Nabawi
Taj Mahal
Masjid Negara
Xian Mosque
Layan lagi dengan saiz gambar lain pulak
Masjid Biru
Reka Bentuk dalaman kubah As - Sakhrah
Masjidilharam
Sultan Mosque, Singapura
TTI Waterwheel
0 comments