Selamat Tahun Baru, 2016! Alhamdulillah sempat juga bertemu dengan 2016, dan masih kekal dengan blog ni. Ruang global yang memuatkan catatan dan pandangan peribadi aku di sini.
Pastinya, 2016 menjanjikan cabaran yang berbeza, yang kadang - kadang tak boleh nak fikir dan ramal. Apa pun, selagi berupaya haruslah menyahut apa saja cabaran dengan cara penyelesaian terbaik yang mampu dilakukan. Pengalaman lalu merupakan rujukan terbaik untuk memandu kehidupan yang lebih baik dan berkualiti.
Mengimbas titian perjalanan 2015, banyak perkara yang mengujakan dan tak kurang juga perkara yang sebaliknya. Enjin kereta aku bermasalah disebabkan over-heating dan terus jahanam. Lama juga terperuk di bengkel. Enjin dah hidup, cermin pulak pecah. Dah rezekinya macam tu, redha ajelah.
Cuba Warna Baru
Retak Seribu
Pertengahan Jun, aku diserang demam denggi. Pada awalnya aku menyangka demam biasa tetapi berlarutan sehingga seminggu, aku ambil keputusan membuat pemeriksaan dan disahkan denggi. 3 malam juga tersadai di hospital. Ini pengalaman pertama aku di hospital.
Dari segi perkembangan kerjaya, aku diberi kepercayaan untuk menyampaikan taklimat Pelaksanaan OBE dan Taklimat Pelaksanaan ISO 9001. Berdebar juga maklum saja kali pertama menyampaikan taklimat di dewan besar. Paling tak sangka, aku menerima Anugerah Khas Pengarah 2015 sempena Hari Inovasi pada Disember.
Sesungguhnya, segala ujian dan kesenangan yang dilalui sekurang - kurangnya mengingatkan aku supaya tidak lalai dan leka. Aku mengharapkan 2016 lebih menarik untuk diharungi dan dikenang suatu masa nanti.
Bagaimana dengan anda?
Bagaimana dengan anda?
0 comments