Seronok juga bermain dengan peribahasa. Sesekala kita cuba bongkar pengetahuan mengenai peribahasa ini tidak salah juga, kan? Memang biasa juga, peribahasa sinis ini di gunakan dalam perkataan. Ukur baju di badan sendiri.
Peribahasa ini membawa maksud bertindak/ melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri. Takrifan ini idea aku sahaja, kalau mahu yang lebih tepat, kena dapatkan dari sumber bahasa lah agaknya. Hendak mencari tu, malas pula rasanya. Idea on-going je ni.
Ya. Sememangnya, apa jua perkara yang anda ingin lakukan, jangan lupa ukur baju di badan sendiri. Supaya ia well-suited dengan diri anda. Cewahh ber-English pula. Bukan apa, takut nanti orang label kita cakap tak serupa bikin, atau juga "dia ni tak pandang cermin ke??!!"
Duduk termenung sambil merenung nostalgia lama, teringat kata Mak aku dahulu, "Kalau kita bukan orang berada, buat macam orang tak berada.. Jangan asyik nak mengada - ngada, aku kapak kepala nanti!!" Mengimbas kenangan itu, aku tersenyum, brick game yang berharga RM10 pun tak boleh di beli. Ya, dah namanya kanak - kanak, pasti ada saja kemahuan untuk berhibur dan terpengaruh dengan rakan sebaya.
Sumber : Link
Menceritakan pengalaman lalu, banyak perkara yang aku hajati tidak di tunaikan. Semasa umur itu, aku hanya memberontak di dalam hati, kenapa aku tidak sama dengan kawan - kawan lain, yang punya basikal cantik dan baru? Kenapa rumah aku tidak punya televisyen sendiri, terpaksa menumpang rumah jiran untuk menonton rancangan Ultraman Ace?
Sekali lagi, ancaman Mak tadi membuatkan aku takut.........takut untuk meminta, takut kapak menebas kepala! Hahah.. Usia menginjak remaja, dari situ aku mula faham apa yang di katakan ukur baju di badan sendiri. Pesan Abah, "kalaupun kamu hendak sesuatu, lambat memiliki lebih baik daripada tak dapat langsung, kui3.."
Aku akui, berbanding dengan rakan - rakan lain, kebanyakan mereka lebih awal berjaya daripada aku. Mereka lebih awal memiliki apa yang mereka mahukan, tetapi aku sematkan dalam hati, bukan tak boleh dapat, lambat sedikit aje..
Entri ini bukan untuk show - off, sekadar menceritakan pengalaman sahaja. Aku pasti ada ramai lagi yang mungkin senasib, atau lebih tidak bernasib baik seperti aku. Mudah - mudahan, kita sedar kemampuan kita, dan bersyukur apa yang kita ada. Jangan pula angannya tinggi, tapi usaha tidak sampai ke mana, bak kata pepatah, "Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak di duga".
Pengalaman masa kecil anda?
0 comments