Semasa di zaman belajar, atau mungkin ada sesetengahnya sewaktu bekerja, kadangkala kita gagal hadir ke kelas atau bekerja atau pelbagai sebab. Jika kegagalan itu di sebabkan perkara yang tidak di ingini, contohnya masalah kesihatan, mungkin ia boleh di pertimbangkan, tetapi jika di sengajakan kita boleh sebut sebagai ponteng.
Aku tidak bercadang untuk mengupas satu persatu keadaan yang tersebut di atas, sebaliknya ingin berkongsi pengalaman aku ponteng kuliah semasa di universiti beberapa tahun yang lalu. Makluman pembaca, aku ini bukanlah pelajar yang berdisiplin sangat.. Di asrama pun, selalu juga ponteng kelas dan tidur di masjid. Ekekee
Di awal semester, nampak macam ok je, hehee kelas jauh - jauh pun takde masalah. Pergi kelas dan balik kelas jalan kaki memang takde masalah. Siapa yang pernah belajar di UTM Skudai, laluan aku hari - hari dari Kolej Tun Dr Ismail ke FKKKSA. Tak jauh, tapi mendaki bukit.. hahaaa..
Bermulanya era ponteng ni, bila ada satu pagi tu, aku dan roomate bangun lewat. Kelas Mass Balance jam 8 pagi, dan kelas tersebut memang di puncak bukit sana. Melihat jam di telefon 7.55 pagi, rasanya memang tak sempat mandi. Jadi, kami ambil keputusan basuh muka dan gosok gigi terus salin pakaian dan berjalan ke kelas.
Setibanya kami di depan kelas, pintu terkunci rapat. Aisehhhh.... Kelas batal rupanya. Punya la jalan laju - laju, sekali kelas batal daa... Yang kawan - kawan lain pun tak bagitahu pula yang kelas telah di batalkan. Mungkin sengaja ingin kami terkena. Hahah... Alkisahnya sehari suntuk kelas yang lain pun kami ponteng!
Bermula dari peristiwa tersebut, kejadian ponteng kelas bermaharajalela. Di universiti, peratus kehadiran tidak kurang dari 80% untuk membolehkan diri mengambil peperiksaan. Jadi, kira siap - siap berapa jam yang boleh 'di benarkan' ponteng dan bila rasa malas, tarik semula selimut dan sambung tidur...Tambah - tambah pula kalau malam sebelumnya ada perlawanan bolasepak Champion League, memang sanggup tengok bola la daripada datang kuliah keesokkan harinya...
Tetapi, sebenarnya ponteng ini bukan suatu yang positif. Memang benar kita masih boleh mengambil peperiksaan akhir jika peratus kehadiran mencukupi, tapi anda kena consider dari sudut pandang yang lain. Sejam kuliah yang kita ponteng, tapi berapa banyak ilmu yang kita telah rugi? Jika menggunakan wang biasiswa, anda fikirkan tajaan itu meminta anda supaya hadir ke kelas dan menuntut ilmu, tapi anda tidur?
Fokus! Fokus anda sebagai pelajar, perlu belajar samada formal atau informal..bukan kata kena menghadap buku je siang malam, masa ada kelas belajarlah kan, masa takde kelas nak tidur ke, nak main bola ke, ikut suka. Heheheee... Aku bila dah bekerja ni dah insaf dah sikit, tak mendadak la berubahnya huhuu yelah takut juga gaji yang aku dapat ni macamana statusnya kan kalau asyik mengular je, ekekee.. Pandangan anda?
0 comments