Perjalanan Ini di teruskan macam biasa untuk tahun 2012 pula. Teringat komen saudara Biomed, bila hendah 'pencen' berblog? Aku pun tak tahu lagi jawapannya, cuma buat masa sekarang aku masih ada hati untuk terus menulis dalam lembaran ini. Sokongan dari rakan - rakan membuatkan aku terus tegar untuk melontar kata - kata di sini.
Minggu pertama bulan pertama tak banyak yang di perkatakan selain daripada ucapan tahun baru, review tahun sebelumnya dan yang paling menarik mungkin pengalaman kali pertama menghantar anak ke sekolah Tahun 1. Pasti berbagai ragam. Ada yang teruja dan barangkali ada juga sebaliknya.
Bagi blogger Lagenda Mahsuri a.k.a Mak, pastinya melalui keadaan baru, menghantar anak sulungnya ke sekolah asrama. Hehee, sempat juga aku berbual dan isi perbualan antara lainnya menyebut dia walaupun berasa berat hati tapi bangga anaknya masuk asrama. Bagi aku, ia suatu keputusan yang baik juga, sebab memang ada kelebihannya tinggal di asrama.
Koleksi Komik aku, : Once Upon a Time
Mengimbas kembali semasa aku di Tingkatan 1, aku yang teruja untuk masuk ke asrama. Tetapi tak sampai seminggu, aku merasa sedih dan rindu (hahah) pada kampung halaman. Makanan pun tidaklah begitu menyelerakan, dan keadaan yang sangat berbeza jika di bandingkan dengan rumah sendiri. Selesai orientasi aku membuat panggilan ke kampung mengatakan mahu pulang dan tidak mahu belajar di sana.
"Kamu jangan mengada! Dulu kamu yang beriya - iya nak masuk, dah banyak abis duit kamu taknak sekolah? Kalau berani, balik lah kampung!!!" Jawapan padat daripada Abah aku. Walaupun perasaan tawar, tapi terpaksalah juga tekadkan hati untuk hidup di asrama, tak larat dah nak ber-kungfu dengan Abah tiap - tiap hari.
Bila berkumpul dengan keluarga, keluar semula cerita begini memang di sulami hilai tawa. Lirik senyum yang panjang, memberikan aku tamparan betapa indahnya pengalaman sedemikian.... untuk satu tempoh akan datang. Pengalaman ketika mendaftar Tahun 1 pun masih segar lagi dalam ingatan, walaupun dah hampir 20 tahun peristiwa tu, :D
Pengalaman anda?
Note : Baca juga Mari Ke Sekolah 1
0 comments