Aku menghabiskan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina ini di rumah sewa sahaja. Merehatkan badan dan juga kepala otak dengan menonton televisyen, banyak juga siaran yang menarik, antaranya Tenis Terbuka Australia dan petang tadi aku menonton King of Beggars, lakonan Stephen Chow.
Kebiasaannya, cereka Stephen Chow ini pasti gila - gila dengan komedi ringan yang membuatkan penonton tak kering gusi dan tidak jemu melihatnya berulang kali. Tengok sahaja kejayaan filem Shaolin Soccer, Kungfu Hustle dan beberapa lagi filem komedi yang menghiburkan.
Namun, di sebalik komedi tersebut, aku percaya ada sesuatu yang mahu di sampaikan kepada penonton, cuma ia di susun longgar supaya penonton tidak bosan dan terlalu berfikir untuk sebuah filem komedi ringan. Jadi, aku senaraikan beberapa persoalan mengikut pandang mata aku mengenai filem King of Beggars (1992).
Sharla Cheung
Kepentingan Ilmu
Kepentingan penguasaan ilmu supaya di pandang tinggi oleh masyarakat. Scene : Syarat yang di kenakan oleh Yu-Shang (Sharla Cheung) kepada So Chan (Stephen Chow) untuk mengahwininya ialah perlu mendapatkan Sarjana dan perlu memiliki kehandalan dalam berkung-fu.
Tidak Putus Asa
Tidak mudah putus asa dalam mengejar apa yang di ingini. Scene : Walaupun So Chan buta huruf, tapi dia nekad untuk mendapatkan gelaran Sarjana, seterusnya dapat mengahwini Yu- Shang.
Rasuah
Perbuatan rasuah di kalangan orang yang berkedudukan semata - mata impian tercapai. Scene : Bapa So Chan (Ng Man Tat) merasuah penyelia peperiksaan supaya anaknya lulus dalam ujian bertulis kerana dia tahu So Chan memang seorang buta huruf yang unggul, hahhaa
Orang Dalam
Penggunaan "Orang Dalam" untuk menidakkan kejayaan orang lain. Scene : Kesemua telah di atur supaya So Chan kalah dalam pertarungan merebut gelaran Sarjana, tetapi semua usaha tersebut gagal.
Terburu - buru Membuat Keputusan
Sikap manusia yang suka terburu - buru membuat keputusan tanpa membuat usul periksa. Scene : Maharaja mengarahkan hukuman pancung serta - merta kepada So Chan dan bapanya, tetapi hukuman itu di ringankan setelah undang - undang sedia ada di bacakan.
Kasih Sayang
Hubungan kekeluargaan memang tidak dapat di pisahkan. Scene : Kasih bapanya menggendong So Chan yang telah di cacatkan oleh Chiu setelah di perintahkan mengemis seumur hidup.
Perebutan Kuasa
Bila bercerita mengenai kuasa, semua orang sukakannya, tetapi bagaimana anda mendapat kuasa? Scene : Perancangan jahat Chiu untuk menggulingkan Maharaja bagi membolehkan dia mendapat kuasa pemerintahan.
Cinta
Perasaan cinta yang tidak berbelah bahagi. Scene : Keazaman So Chan untuk menyelamatkan Yu-Shang di tangan penjahat Chiu, dan akhirnya mereka dapat bersama.
Hahahaa... entah ye entah tidak itu yang cuba di sampaikan pengarah filem tersebut, aku sendiri tak pasti. Senarai ini melalui pendapat aku sahaja. Bagi yang belum pernah menonton cerita King of Beggars, kena tengoklah nanti. Tak rugi, maksud aku walaupun ceritanya agak melalut, tapi sesuai la dengan tema komedi ringan, ye tak? Hehee sekian..
Note : King of Beggars synopsis
Note : King of Beggars synopsis
0 comments