Terasa pantas masa berlalu, sudah bertemu semula hujung minggu, masa yang amat di nantikan untuk bercuti dan berehat. Ehmm, aku teruja dengan maklum balas pembaca tentang entri sebelum ini, "Tahukah Kamu". Terima kasih kepada yang memberi pandangan, pendapat dan ulasan mengenainya.
Singgah di blog Puan Kutu, melayan karenah anaknya, Si Aiman tu.. (Aiman & Adik), teringat pulak kisah nostalgia masa lalu, bersama saudara dekat aku...adik beradik lah, terutama si abang.. hehee.. Pasti saja setiap ahli ada tanggungjawabnya, sebagai abang, kakak, dan adik. Macam aku ni, bongsu memang kena buli je lah...
Tapi kalau dah namanya kanak - kanak, perkelahian memang dah jadi kewajipan pula rasanya. Ada sahaja perkara yang boleh menimbulkan perselisihan. Dalam keluarga, ada 2 je hero, jadi ke mana - mana pun, minat pun hampir sama.
Dari segi minat, kami memang suka bermain bola. Wakil kampung tu, ekekee.. suka beli jersi bola, suka tengok bola.. memang boleh kata hampir sama je lah, hobi melukis, mengumpul model kereta mainan, suka baca komik Hong Kong, modifikasi basikal...dan banyak lah, tak tersenarai kat sini.
Cuma, kalau macam pasukan kegemaran tu tak sama lah. Aku minat Arsenal, dia Manchester United, aku sokong Selangor, dia Perak.. Aku suka baca Lingkaran Terkunci, dia Jejak Wira. Aku pakai Honda, dia pakai Toyota. Jadi perbezaan macam tu lah kadang - kadang menimbulkan perkelahian, ejek mengejek... haha, budak - budak.
Tapi bila di tingkatan 4, dia masuk asrama, aku darjah 6.. aku jadi sunyi, takde kawan dah, heheh.. So, bila form 1 aku masuk asrama jugak, jadi pe'el tu dah berubah. Sedikit sebanyak dah jadi matang la agaknya, dan sejak tu dah macam dingin pulak. Tapi yang aku tak boleh lupa, dia paling banyak tolong aku masa nak masuk universiti dulu.
Sekarang, walaupun dah ada kehidupan masing - masing, tapi ikatan saudara masih kekal sama macam dulu.. tak pernah berubah, tak pernah berganjak. Saudara itulah darah daging kita, jangan sekali - kali menolak mereka ke tepi walau apa pun yang berlaku. Selamanya, mereka adalah saudara kita. Sekian.
0 comments