Sesuatu yang bermula pasti berakhir. Persoalannya, bagaimana ia bermula dan bagaimana pula ia berakhir? Adakah kita mahu ia berkahir dengan kejayaan, atau sebaliknya? Apakah kenangan terindah sewaktu kita berada di dalamnya?
Tidak kira apa jua yang kita lakukan. Hidup di akhiri dengan kematian. Itulah contoh yang paling dekat aku fikir semasa mengetuk papan kekunci ini. Jadi semasa hidup apa yang sudah anda lakukan? Adakah anda mahu mengakhiri hidup dengan penuh dosa dan kejahilan? Adakah anda mahu pengakhiran anda sesuatu yang mengaibkan? Anda yang menentukan.
Berbalik dengan perkara yang aku sebut di awal tadi, sesuatu yang ingin aku kongsikan berkenaan perjalanan kehidupan aku, ialah berkenaan kegemaran aku iaitu bermain bola. Chop! Kerjaya aku bukan pemain bolasepak profesional, tetapi aku memilih sukan ini sebagai alat bantu untuk aku mengekalkan kecergasan, hubungan sosial dengan rakan dan mengisi masa lapang.
Aku mula bermain bola di awal umur 5 tahun, dan sehingga kini, aku masih menendang, berlari, menggelecek, menjaring gol dan menikmati bola sepak. Di sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah di matrikulasi, universiti dan di tempat kerja pun aku masih memilih sukan ini. Walaupun datang dari background yang berbeza tapi bolasepak tidak membezakan semua itu.
Bolasepak adalah sukan berpasukan, sukan yang menitikberatkan kerjasama, strategi, kepatuhan, disiplin dan juga kemahiran. Jadi jangan kata "orang bodoh ramai - ramai kejar satu bola"..Bolasepak juga merupakan asas perpaduan [?].
Rekod peribadi aku yang dikira, (yang pastinya akan aku kenang), menjadi penjaring terbanyak Liga Super Asrama 2003 hahaah..dengan 12 gol dalam 7 perlawanan, di UTM menjaringkan 19 gol dalam 25 perlawanan (termasuk perlawanan persahabatan dan sukan antara kolej), 52 gol dalam 16 tournament futsal dan di tempat kerja...... makin kureng lah..
12 perlawanan awal tanpa sebarang gol, dan setelah membeli kasut baru, 8 gol dalam 13perlawanan. Paling mengujakan, aku berjaya menjaringkan satu gol penting ketika kontinjen bolasepak IKMJB memenangi emas di Sukan IKM/KKTM di Masjid Tanah, Mac lalu.
Aku akui, sekarang ni nak main full-time memang tak dapatlah, cepat sangat keletihan. Umur muda lagi tapi keletihan macam orang umur 40. Kadang - kadang malu dan cemburu juga yang berumur masih boleh bertahan. Apa pun, aku rasa 2 3 tahun lagi memang dah sampai penghujung kot aku main bola.
Sekurang - kurangnya ada kenangan manis walaupun terpaksa keluarkan duit yang banyak untuk jersi, kasut.. hehee, kalau anda yang baca ni rasa aku show-off dengan entri ini, YA memang aku show-off, hahahh.. Sekian,
0 comments