Normal, penulis blog yang aktif akan terus menerus mengemaskini blog entri terbaru dalam sela masa yang tertentu. Bagi blog peribadi, ia lebih mudah di urus dari segi penghasilan entri (tidak termasuk samada menarik atau tidak). Banyak perkara yang boleh di muatkan, tanpa perlu memikirkan kategori - kategori yang khusus.
Tetapi kadangkala ada juga penulis yang kehabisan idea. Menulis blog ini umpama menyediakan makanan juga. Jika hari - hari di hidangkan ayam goreng, lama - lama boleh jadi jemu dan muak juga. Apa kata sesekali cuba ubah menu lain umpamanya lauk daging, sotong, udang dan kalau nak lebih umphhh masak lobster.
Masih boleh juga kalau kegemarannya ayam goreng, tetapi pelbagaikan resepinya, seperti ayam berlada, ayam masam manis, ayam pahit, ayam kunyit, ayam merah.. dan kalau - kalau ada tambahan, boleh cuba resepi ayam malas. Dapa idea ini?
Di sini, aku senaraikan beberapa idea yang boleh di gunakan untuk resepi baru dalam blog. Hanya idea, bukan paksaan.
- Top 10 Lists - Apa - apa senarai yang anda rasa menarik, boleh jadi pemilihan anda sendiri ataupun dari mana - mana sumber.
- Awards - Cipta satu awards yang ringkas, dan minta rakan blogger/pembaca memberi bantuan dalam membuat undian. Seringkas - ringkasnya.
- Statistics - Bina statistik ringkas; apa sahaja mungkin berkenaan trafik blog, earning dll
- How-Tos & tutorials - Memberi tunjuk ajar kepada pembaca; boleh jadi kraftangan, petua, memakai tudung, origami
- Best Book - Buku yang anda baca tidak semestinya di baca orang lain. Kenapa tidak di kongsikan dengan pembaca.
- Best of? - Hehehe.. , buatlah rangkuman berkenaan apa sahaja yang anda fikirkan. Blog Masakan Terbaik 2011 versi Padin ialah.... Yatiememories. (contoh sahaja)
Idea ini boleh di gunakan untuk setahun sekali, atau sebulan sekali. Selamat mencuba, :D
0 comments