Tiada rotan, akar pun berguna. Hahah, walaupun liputan Maxis Broadband di Bota ini langsung tiada, tapi Celcom masih ada berkelip biarpun hijau. Kalau dah tegar tu, apa cara sekali pun mesti update blog juga, hahaha.. Macamlah balik JB nanti tak boleh update.. Bosan sebenarnya, kawan - kawan pun tak ramai yang balik kampung.
Sebagai manusia, memang pasti ada silap percaturan. Kalau tak selalu, pasti ada juga terselit sedikit kesilapan dalam menjangka sesuatu benda. Sebabnya? Kita hanya manusia biasa, yang tidak bisa untuk memandang perkara di hadapan, melainkan mengagak berdasarkan pengalaman dan fakta yang telah di ketahui serba sedikit.
Sabtu lalu, aku memulakan perjalanan jam 6.30 pagi dengan harapan mengelak kesesakan lalulintas di jalan Skudai. Perjalanan lancar, jentera memecut dengan baik. Aliran trafik pun tidaklah terlalu padat dan masih boleh memecut sehinggalah ada sebuah lori di hadapan kereta aku, salah satu daripada tayarnya meletup.
Serpihan tayar itu berterbangan dan ada yang menghentam cermin kereta, dan ada yang masuk ke bahagian bawah tayar aku. Dengan kelajuan 150 km/j, sedikit permasalahan boleh mengakibatkan kesan yang lebih teruk. Sedikit masa sahaja, kereta aku bergegar dan aku agak ia memang ada kena mengena dengan serpihan tadi.
Aku exit di Senawang, dan terpaksa membuat pemeriksaan di bengkel, nyata ada bahagian yang patah, dan perlu di ganti. Dah separuh jalan, alang - alang di bengkel, aku minta dia baiki, termasuklah tukar bearing, buat balancing dan alignment. Nasiblah simpanan untuk kereta masih ada lagi.
Jam 2.30 petang, aku kembali ke lebuhraya, dan agak mendukacitakan, aliran trafik sangat padat dan perlahan, dari Rawang rasanya sampai lah ke Gopeng. Kesesakan di tambah pula dengan hujan lebat, dan ada pemandu yang menggunakan lorong kecemasan dan menyelit masuk semula ke laluan utama, memang aku nak parangkan aje kepala diorang nih!
Akhirnya, aku sampai di rumah jam 7 malam, perjalanan macam dari Johor Bahru ke Kelantan pulak rasanya. Tapi, apa yang boleh aku katakan, sudah tertulis.... Walaupun sebelum perjalanan aku sudah periksa jentera aku, tapi dah nak jadi.. maka jadi juga. Walau dah tahu jalan akan sesak hari Sabtu, tapi kalau aku gerak malam dan rosak, lagi naya...
Apa pun, Alhamdulillah aku selamat sampai, dan harap esok aku balik JB, dah takde masalah - masalah umpama ini. Sekian. :D
0 comments