Rata - rata harini pergi ke mana sahaja pasti orang menceritakan kejayaan pasukan Malaysia U23 menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir Sukan SEA malam tadi sekaligus mempertahankan pingat emas pada edisi lalu. Di dada akhbar, di media atas talian dan juga cakap - cakap di kedai makan semua berkisar hal bola.
Kesian tengok jiran kita tu, bukan kesian kalah bola, tapi kesianlah dengan sikap, penganjuran dan macam - macam hal berkenaan temasya tersebut. Mungkin desakan dan harapan menggunung tinggi menyebabkan banyak perkara boleh di persoalkan sepanjang temasya berlangsung, termasuk sikap segelintir mereka yang tidak menghormati lagu kebangsaan negara jiran yang lain.
Menyentuh soal kejiranan ini, memang ia suatu perkara yang besar. Tidak perlu pergi lebih jauh, anda lihat sahaja jiran berhampiran kediaman anda. Adakah anda rasa ia sudah cukup untuk memuaskan hati dalam konteks hidup berjiran? Jika ya, kenapa dan jika tidak, kenapa?
Sumber gambar : link
Bagi aku, sekarang konsep kejiranan ini semakin lama semakin luntur. Mungkin perubahan demi perubahan desakan hidup menyebabkan ia terjadi. Sikap tidak ambil peduli, sikap meninggi diri dan beberapa sikap manusia lagi menjadi punca. Heh, ada juga yang mengambil jalan ibarat "jangan jaga tepi kain orang"..
Tambah menyakitkan hati, bila ada jenis manusia yang berfikiran "ah, bukan rumah aku".. jadi mereka boleh berbuat sesuka hati dan berlepas tangan sahaja. Hal ini berlaku di perumahan tempat aku menyewa, ada jiran yang sesuka hati meletakkan sampah di hadapan kediaman orang lain, dan ada yang parkir kereta betul - betul di hadapan kediaman aku.
Sekali dua, mungkin lah boleh di timbang tara, tapi kalau dah banyak kali boleh buat aku rasa nak kapak kepala orang je. Buta ke dah 4 bulan aku ulang alik pergi kerja dengan kereta? Dah di tegur tapi sehari dua je dengar kata, jangan sampai jadi abu kereta tu nanti, grrr.. Ini jenis manusia yang eloknya di panah sampai mati.
Buat masa sekarang, aku masih boleh bersabar. Kalau ada dengar berita kereta terbakar di Bandar Baru UDA nanti, buat - buat taktahu je dahla ye? heh, pesan aku pada anda yang membaca, hidupkan semula konsep kejiranan yang harmoni, kalau tak mahu duduk berjiran, tak boleh hidup berjiran, tinggal sahaja dalam hutan, berkawan dengan beruk macam tarzan tu.
Hahah.. Soal negara jiran kita tu? Kasihan.
0 comments