Bila melihat dan membaca artikel Pn Suri tempoh hari, teringat pula akan hal yang pernah aku lakukan sewaktu menunggu kerja (menganggur lah tu). Tamat sahaja pengajian, aku pulang ke kampung, konon - konon berehat panjang la. Seminggu dua masih boleh tahan, masuk minggu ketiga memang bosan rasanya.
Melihatkan tanah di bahagian tepi rumah aku terbiar, aku dan abang membersihkannya daripada tumbuhan renek dan lalang, dan mula menanam sayur - sayur. Antara sayur yang aku tanam termasuklah bendi, cili dan terung. Aku pilih tanaman ni sebab senang nak jaga. Ayam pun dah takde, asyik kena makan dengan musang je.
Abang aku pula menanam tebu, ayah aku menanam jagung, dan selebihnya mak aku menanam sayuran jenis petola dan kacang pelita. Bila bangun pagi je sebelum sarapan, turun ke tapak dulu dan siram mana yang patut dan hujung minggu aku bersihkan sekeliling, buang rumput - rumput kecil yang tumbuh.
Aku seronok pasal tanaman aku yang berhasil awal. Bendi, sekejap aja dah keluarkan buah dan boleh di petik dan di makan. Terung, lambat sikit. Paling lama nak merasa hasilnya, tebu lah. hahah.. Bila dah masing - masing keluarkan hasil, bersilih ganti la makan. Tapi, aku tak makan sayur yang di tanam tu, maklum saja aku ni tak makan sayur.
Jagung, boleh terus di rebus, di bakar atau di buat bubur, dodol dan cucur jagung. :D Tebu? Tebu, abang aku jual pada kawan dia, dan ada juga kami proses sendiri samada mengunyah terus dari batang tebu atau pun di mesin terlebih dahulu. Mesin buatan sendiri, nak penuhkan satu jag, perghhh..
Tapi, tak bertahan lama, dalam menuai hasil yang tak seberapa tu, ada pulak gangguan dari serangga. Ada ulat dalam bendi, dalam terung, daunnya habis di makan, sudahnya terpaksa la melupakan tanaman tu. Aku pun dah mula bekerja dan mak aku buat keputusan tukar tanaman tu kepada pokok pisang (sampai sekarang).
Haihh dah panjang jugak entri ni, aku cadang tadi buat 4 5 perenggan je. Umm takpelah, kesimpulan dari entri ini, bak kata abah aku, "Berbudi pada tanah, tak rugi malah banyak untungnya".. Betul jugak, bukan saja kita dapat menikmati hasilnya, malah juga dapat mengeluarkan peluh.
Note | dalam banyak - banyak tanaman tu, sawi je tak hidup. Ada tips? Hehee
0 comments