Dalam konsep pengurusan projek (project management), salah satu kriteria penting bagi menjamin mutu dan kualiti sesebuah projek adalah penilaian kerja (work evaluation). Dari segi definisi, penilaian kerja ialah proses menganalisis prestasi sebenar pada tahap tertentu berbanding dengan perancangan asal.
Ia di buat bukan sahaja untuk mengetahui prestasi sebenar, malah juga sebagai proses mengenal pasti penting dan bernilainya sesuatu program pembangunan melalui kajian dan pemerhatian secara terperinci dan sistematik. Sebagai mudah bicara, ia seakan titik rujukan untuk program yang akan mendatang.
Pasti bosan jika aku memberikan contoh teknikal seperti apa yang aku ajarkan semasa sesi pengkuliahan. Aku cuba heret topik yang lebih dekat dengan anda, supaya dapat menjelaskan penilaian kerja ini boleh di gunapakai untuk banyak situasi.
1. Program Pembangunan Bola Sepak Malaysia
Kita lihat, kebangkitan skuad bola sepak Malaysia akhir - akhir ini. Adakah ia berlaku dalam tempoh sebulan? Aku pasti, anda akan jawab tidak melainkan anda memang tak pernah main bola. Proses pembangunan ini telah bermula beberapa tahun dahulu, dan keberkesanan program itu di uji dengan beberapa siri perlawanan, dan setiap keputusan di nilai dan di perbaiki sehinggalah pasukan kita menjadi kuasa besar di Asia Tenggara. Dapat?
2. Peperiksaan
Pelajar memang sinonim dengan peperiksaan. Adakah ia sengaja di buat untuk menyusahkan pelajar? Heh, pasti tidak, bukan? Peperiksaan di buat untuk menilai tahap penguasaan pelajar tentang apa yang di pelajarinya (untuk kelas formal sahaja). Tahap penguasaan ini akan menentukan di mana kualiti anda supaya nanti senang majikan memberi gaji setimpal dengan kelayakan. Dapat?
3. Menaiktaraf blog
Hahah masih boleh selit perihal blog dalam tajuk serius ni! Tipulah kalau dari saat mula berblog sampai sekarang, masih tiada apa - apa perubahan dan penilaian sendiri. Pasti ramai juga di kalangan blogger yang bermula dari bawah, membuat penilaian berdasarkan komen pembaca dan diri sendiri. Melalui rujukan dan analisis tertentu, pasti ada sesuatu yang mendorong anda untuk lebih baik dalam berblog. Jangan tipulah.. hahahaha..
Cukup 3 contoh, yang aku rasa memang boleh bagi pemahaman jelas mengenai konsep penilaian kerja. Kalau tak boleh paham jugak, boleh rujuk nota lama, atau pergi ambil semula subjek Pengurusan Projek. :D
0 comments