Pernah dengar "bila keranda di bawa, baru bercucuran air mata"? Aku pun tak pasti samada peribahasa ini di gunakan dalam penggunaan Bahasa Melayu, tapi aku selalu tengok penggunaannya dalam komik Lingkaran Terkunci, hahah.
Maksud peribahasa ni, mengikut kefahaman peribadi, bila berlaku sesuatu baru hendak menyesal tiada gunanya lagi, lebih kurang menyesal tak sudah la agaknya. Ehemm, kalau anda hendak makna yang lebih tepat, kena rujuk pada yang lebih arif tentang bahasa la ye?
Setiap tindakan pasti akan ada kesan yang di tinggalkan, samada mencapai pengharapan atau pun sebaliknya. Ia penting lebih - lebih lagi memerlukan kita membuat keputusan dan tindakan tersebut menjadi titik penting terhadap apa yang bakal berlaku kelak.
Perihal menyesal tak sudah ini perlu di elakkan supaya diri tidaklah terlalu rasa bersalah. Bagi individu yang mudah membiarkan perkara lama berlalu, ia bukan menjadi masalah besar tetapi ia sedikit sebanyak mengganggu prestasi jika penyesalan tersebut terus menerus menghantui diri.
Contoh yang boleh anda lihat, taubat. Kita di anjurkan agama supaya bertaubat dan menginsafi diri sebelum kita mati, sebab kalau dah mati memang tak berguna dah. Masa itu baru rasa nak menyesal? Sudah terlambat, kawan.
Contoh lain yang boleh kita ambil, ialah pendidikan dan pelajaran. Gunakan peluang sebaik mungkin untuk menuntut ilmu, dan mencapai prestasi terbaik, kerana peluang hanya datang sekali dan perlu di manfaatkan. Jangan terlalu alpa dan mengabaikan pendidikan kerana jika anda gagal, baru nak menyesal.. memang tak guna dah.
Jika anda menyukai seseorang, ambil langkah bijak untuk memikatnya. Walau apa jua keputusannya, sekurang - kurangnya anda sudah memulakan langkah pertama, takut nanti terlepas kepada orang lain sedangkan peluang sama rata, gigit jari lah! hahah..
Cukup sampai di sini. Harap - harap perkongsian ini mampu untuk mengetuk hati anda supaya lebih waspada dalam tindakan supaya nanti tidak berlaku kes "bila keranda di bawa, baru bercucuran air mata".. jika anda ada kisah menyesal tak sudah ini, sudilah kiranya berkongsi di ruangan komen, dan bagaimana menghadapinya. Pasti seronok berkongsi, bukan?
0 comments