Pejam celik, dah bulan kesebelas kita berada dalam tahun 2011 ni. Pastinya telah banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. Mungkin, anda ada perkara yang manis, atau pahit untuk di kenang bagi lembaran 2011 ni. Jika belum ada, anda masih ada 60 hari lagi untuk berbuat sesuatu, mudah - mudahan.
1 November 2011, genap 2 tahun aku berkhidmat di dalam MARA, di IKM JB khususnya. Memegang jawatan Pegawai Latihan Vokasional (PLV), sesuatu yang bukan menjadi sasaran aku waktu dahulu, kini aku makin selesa dengan jawatan dan kerjaya ini.
Jadi, bagi anda yang baru mengikuti perjalanan ini, pastinya untuk lebih kepastian, kerjaya yang aku pilih ialah pendidikan. Aku bekerja sebagai tenaga pengajar di Institut Kemahiran MARA, dan di tempatkan di Jabatan Diploma Teknologi Mekanikal Gas (DMG).
Baik. Secara ringkasnya, skop pelajar DMG ialah tertumpu kepada sistem pengagihan *gas hiliran (downstream distribution), pepasangan dan selenggaraan sistem paip bermula dari stesen pintu kota sehinggalah kepada dapur/penunu pengguna. Pelajar akan di berikan latihan termasuklah rekabentuk paip, pensaizan, pepasangan dan juga penyelenggaraan sistem paip gas.
Semester ini (Jul - Dec), aku mengajar 3 subjek, iaitu Gas Flow Measurement & Regulating System (Sem 4), Gas Distribution System dan Project Management (Sem 5). Kalau ikutkan, subjek ini tidak banyak beza dengan subjek yang aku ambil di UTM, mungkin di sana lebih terarah kepada akademik, manakala di IKM, terarah kepada teknikal.
Apapun, 2 tahun ini memang memberikan aku banyak pengalaman baru, dan aku berusaha untuk sentiasa memberikan yang terbaik, samada kepada organisasi ataupun pelanggan. Kerjaya di dalam pendidikan ini bukanlah suatu yang mudah, justeru apa yang aku doa dan harapkan semoga aku akan menjadi pengajar yang baik, berkebolehan dan berdedikasi. Aminn.
*gas - hydrocarbon that contains methane, ethane, propane, butane and also known as fuel gases.
0 comments