Hahahh, kena masa aku rajin update blog, sehari sekali aku update. Kena time malas, memang berhari - hari la terbiar jawabnya. Takpe, ini bukan rutin wajib kan.. ada idea, ada cerita boleh lah di kongsi dengan pembaca. Hehe.
Bagaimana anda hari ini? Sihat? Hey, anda pasti anda sihat? Heh, sekali sekala kita tengok diri, nampak macam sihat tapi sebenarnya kita tak tahu apa yang berlaku dalam badan kita. Kalau tiada pengawalan, tak berani nak cakap juga sampai bila boleh bertahan. Maklumlah, jantung, paru - paru, hati, darah kita berpeluang guna sekali je, jarang - jarang yang dapat tukar 'aksesori' ni.
Kebelakangan ni, aku sering terdengar iklan di corong radio, situasi si ibu dan anak yang memperihalkan pemeriksaan kolesterol. Lantas, dengan kesedaran daripada iklan tersebut, teringin pula untuk memeriksa kandungan kolesterol dalam darah aku, lagipun aku tak pernah buat pemeriksaan sebelum ni.
Secara ringkas, kolesterol ialah molekul lemak, yang di perlukan oleh tubuh badan sama seperti gizi yang lain termasuk karbohidrat, protien, vitamin dan mineral. Kolesterol di gunakan sebagai sumber tenaga, membina sel baru dan pembentukan hormon. Jadi jangan kata kolesterol ni tiada guna, tapi yang penting : Jangan berlebihan!
Baca Lagi mengenai Kolesterol.
Berikut merupakan jadual penentuan total kolesterol dalam tubuh :
<5.2 mmol/L ( <200 mg/dL) Desirable Level
5.2 - 6.2 mmol/L (200 - 240 mg/dL) Border Line
>6.2 mmol/L (>240 mg/dL) High Risk
Hasil pemeriksaan, total kolesterol dalam tubuh aku ialah 4.75 mmol/L. Jumlah trigliseride (TG) takde la pulak, nak tahu juga berapa jumlah minyak (lipid) yang terkandung dalam total kolesterol tersebut.
Alang -alang, aku periksa sekali kandungan gula dalam darah. Hasilnya, ialah 5.3. Paras bahaya ialah 8. Tetapi silapnya aku ni, beberapa jam sebelum pemeriksaan, aku dah mengambil sarapan. Mengambil makanan sebelum pemeriksaan sedikit sebanyak mempengaruhi bacaan sebenar. Tapi kandungan gula takpe, cepat naik dan cepat turun, :D
Ujian tekanan darah, bacaan kali ini, 135/85.. berat 68.4 kg, agak jauh beza dengan ujian yang aku buat semasa awal tahun dahulu. Boleh rujuk entri "Kepentingan Menjaga Kesihatan". Emm, dengan bacaan hasil ujian tu, aku masih boleh bernafas lega dan apa yang perlu, aku kawal pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat secara berterusan.
Jadi, bagaimana tahap kesihatan anda? Jaga kesihatan diri, tingkatkan kualiti diri, dan ingatlah orang yang tersayang :D
0 comments