Ehemm.. Masih segar lagi dengan cerita di Kuantan, tapi dah melewati hari Rabu ni, bolehlah slow - slow fokus pada alam nyata. Meneruskan kerja dan rutin harian seperti sediakala. Biasalah kerja pengajar ni tak semestinya kerja mengajar je, ada juga kerja lain yang perlu di fikir dan di selesaikan.
Berbalik kepada tajuk yang aku punch kat atas tu, memang sesuai menggambarkan fenomena terkini yang melanda persekitaran dunia atas talian. Semasa lah sangat!!!
Banyak perkara yang boleh di kaitkan dengan isu ni, antaranya ialah isu fesyen tudung bagi golongan wanita. Ramai yang sudah memperkatakan isu ini, yeahh aku setuju dan akur peredaran zaman membuatkan kita berada selangkah ke hadapan tapi tidak bermakna ia lesen untuk kita mengubah apa yang sudah di tetapkan.
Kedua, bila ada isu penemuan mayat, pembunuhan bayi dan seangkatannya, masyarakat kita tak habis - habis menayang gambar tersebut, yang jelas penuh aib dan mengerikan. Untuk tujuan apa menyebarkan gambar sedemikian? Tanda prihatin? Come on lah, banyak cara lain yang lebih sesuai kalau benar untuk menunjukkan anda prihatin.
Juga, penyebaran cerita - cerita sensasi, untuk apa? Aku tidak melihat itu sebagai alasan untuk perkembangan semasa. Melainkan perkhabaran yang memberi faedah kepada masyarakat seperti iklan jawatan kosong, peluang pekerjaan, peluang perniagaan atau mungkin juga peluang untuk meningkatkan kualiti diri, itu lebih sesuai. Kalau setakat menceritakan hal rumahtangga si polan berantakan... semasa lah sangat!
Aku bukan nak offense pada siapa -siapa, tapi bagi pembaca yang faham apa yang aku tulis ini, dah memadai untuk kita tidak terlalu terikut - ikut sangat dengan cara orang, bukannya ketinggalan jauh sangat kalau kita tak ikut perkembangan semasa.
Apa kata anda?
0 comments