Salam, buat semua pembaca tidak kira di mana anda berada, jenama apa gadjet yang anda guna, di harapkan mendapat paparan terbaik untuk membaca lembaran ini. Kategori nostalgia kali ini, aku ingin kongsikan pula pengalaman berkenaan duit belanja.
Di akui, memang sangat berbeza zaman aku kanak - kanak dahulu dengan sekarang, jadi tak boleh nak di bandingkan sangat. Aku cuma membawakkan pengalaman lama sahaja, mana tahu pembaca juga punya pengalaman hampir sama :D
Semasa di sekolah rendah, aku pergi dan balik sekolah menaiki bas. Dari darjah 1 - 3, sekolah agak jauh, dan aku keluar menunggu bas jam 6 pagi, dan bila darjah 4 - 6, sekolah dah dekat, dan keluar menunggu bas jam 7 pagi. Tambang bas pada mulanya 20 sen untuk perjalanan pergi dan 20 sen lagi untuk perjalanan balik.
Untuk belanja harian, abah aku akan meletakkan syiling dalam suatu bekas untuk kami 4 beradik. Masa tu, arwah Yong aku dah masuk asrama. Jumlah yang di tetapkan RM1 sehari, dan baki daripada wang tersebut (40 sen untuk tambang) untuk belanja makan. Tapi aku ni jarang nak makan di sekolah, jadi boleh simpan 60 sen sehari.
Tetapi, bila tambang bas dah naik kepada 30 sen untuk satu hala, jumlah simpanan harian boleh dapat 40 sen je. Simpanan tu aku buat apa? Hahah, duit tu aku simpan untuk beli komik kegemaran aku, Lingkaran Terkunci - masa tu komik keluar 2 minggu sekali. Cuma, kadang - kadang syiling dalam bekas tu tak cukup untuk RM1 seorang, kami ambil secukupnya untuk tambang sahaja.
Kalau tak cukup juga, aku guna la duit yang di simpan tu dulu. Dan setiap penggunaan duit simpanan tu, di catit sebagai "abah hutang aku".. Macam tak logik je abah yang hutang dengan aku sedangkan aku yang guna duit dia, hahah.. Kadang - kadang, aku beli aiskrim Malaysia (10 sen sebatang), driver bas yang jual. Masa tu kemaruk la pasal rumah aku takde peti ais.
Bila mengenangkan masa tu, dengan keadaan sekarang macamanalah agaknya.. Memang tak boleh nak di samakan. Duit belanja aku sendiri yang kawal. Kalau aku hanyut dengan perbelanjaan tanpa kawalan, alamatnya... takde simpanan nanti. Heh, nasib baik abah ada ajar dulu..
"Beli apa yang perlu je, yang lain - lain tu beli lain kali pun takpe.."
Nostalgia anda?
0 comments