Kalau kebiasaan, kita akan lihat "Not For Sale" dan di terjemahkan sebagai "Bukan Untuk Di Jual". Tetapi sama atau tidak kalau aku letak dua ayat ni, "tidak boleh di beli" dan "bukan untuk di jual"?.. Err aku pun tak pasti, tapi macam best je letak tajuk tu..
Banyak perkara atau benda yang tidak boleh dijual-beli. Setuju? Heheh.. Dalam lagu Raihan pun ada kan, "Iman tak dapat di jual beli... dari seorang ayah yang bertaqwa.." Memang benar, tak semua perkara kita boleh beli dengan apa yang kita ada, kemewahan, kemasyhuran.. Sekalipun secara fizikal kita seakan mampu memiliki kesemuanya, tetapi ternyata ia adalah silap.
Kita tidak boleh membeli jiwa. Kita tidak boleh membeli perasaan. Kita tidak boleh membeli pengalaman. 3 cukuplah, banyak lagi elemen yang tidak boleh di beli. Mungkin, elemen yang selebihnya aku berikan pada kreativiti blogger untuk membuat olahan sendiri. Ada berani?
Jiwa, perasaan dan pengalaman ini merupakan kombinasi terbaik dalam membezakan setiap individu terhadap individu yang lain. Mungkin pengalaman di tinggalkan kekasih sebagai suatu kenangan pahit yang sukar di lupakan, atau mungkin juga ia kenangan manis yang akan di kenang sampai bila - bila.
Perasaan ketika pertama kali berjumpa hantu, perasaan semasa di khatankan, perasaan ketika pertama kali jatuh motor, perasaan ketika bermain Roller coaster, perasaan ketika mengambil ujian memandu bersama JPJ, perasaan ketika pertama kali meluahkan isi hati - ke semua ini memang tidak boleh di jual kepada orang lain.
Kalau nak tahu apa rasanya di sengat tebuan, nak tahu apa rasanya di tampar di pipi berkali - kali, nak tahu apa rasanya kuku tercabut, nak tahu rasanya hidup menanggung rindu anda perlu melaluinya sendiri dan sesudah itu, barulah anda dengan senang hati boleh berkata, "Aku pernah rasa pengalaman itu.."
Pengalaman tidak boleh di beli, juga ia bukan untuk di jual. Pengalaman adalah untuk perkongsian. Pengalaman akan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya, jika dan hanya jika kita benar - benar mahu ia menjadi lebih baik.
Entri ini adalah catatan aku yang ke 300 dalam laman padinno, dan aku tak sangka rajin jugak aku menulis hahhaa.. Tak boleh di beli jugak angka ni kalau aku sendiri tak melaluinya kan.. Agak - agak tahun ke berapa angka ni genap 1000? Entahla kan.. Sebenarnya, aku dah merepek je ni. Mula - mula tadi ada idea, tapi bila kopi dah abes, idea entah hilang ke mana..
Kurang sempurna artikel ni.. Aku pun taktahu di mana silapnya, nak olah semula panjang pulak, nak delete.. dah berapa perenggan aku garap nih.. Rugi. Sekali sekala buat entri macam ni, apa salahnya. Kalau salah, lain kali aku tak buat lagi. He He He..
0 comments